TERKINI :

Sunday, February 14, 2016

Majlis perundingan Islam (MPP) untuk apa..????????

MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MPI) UNTUK APA?


Semalam dilaporkan telah diadakan suatu perjumpaan atau mesyuarat atau apa saja istilah yang sesuai yang dihadiri khabarnya oleh pimpinan parti politik Islam, pimpinan NGO Islam, Mufti-mufti, cendikiawan dan alim ulamak Islam. Perjumpaan atas nama Majlis Perundingan Islam (MPI) telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Khabarnya juga seramai lebihkurang 87 orang telah hadir dan diangkat sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam yang telah membuahkan 7 kluster utama yang diketuai oleh orang-orang tertentu iaitu :

1.Dakwah - YBhg. Dato' Dr Haron bin Din
2.Ekonomi- YBhg. Tan Sri Muhamad Ali bin Hashim
3.Pendidikan- YBhg. Tan Sri Prof Dr Kamal bin Hasan
4. Sosial- YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
5.Undang-Undang- YBhg. Prof Dato' Sri Zaleha bt Kamarudin
6.Pemikiran Islam- YBhg. Dato' Dr Siddiq Fadzil
7.Politik- YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir.

Sebenarnya MPI ini bukan suatu perkara baru. MPI telah bermesyuarat kali pertama pada 28 Ogos 2008 yang turut dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Menteri DiJabatan Perdana Menteri. MPI diwujudkan kononnya adalah sebagai "think tank" bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan yang bernas ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Sejak 2008 tersebut, tidak pasti berapa kalikah MPI bermesyuarat dan memberikan idea dan cadangan kepada Kerajaan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Kewujudan MPI ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan langsung kepada Kerajaan malah membuktikan bahawa JAKIM gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. JAKIM yang ditubuhkan oleh Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi sebagai perancang, pengawal dan penasihat Kerajaan dalam hal ehwal Islam justeru kewujudan MPI sepatutnya bukanlah suatu keperluan.

Selain itu Malaysia mempunyai banyak lagi institusi Islam seperti Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti setiap negeri dan beberapa lagi institusi Islam lain.

Apa tujuan sebenar MPI ini? Adakah ianya hanya sekadar alat kosmetik yang hanya untuk menampakkan kecantikan sedangkan hakikatnya tiada apa yang disumbangkan. Apa perlunya lagi MPI dengan kewujudan institusi-institusi yang telah sedia ada? Kenapa perlu begitu banyak institusi yang akhirnya akan bertindan dan mengelirukan ummat?

Apa sumbangan MPI kepada Kerajaan selama kewujudannya sejak tahun 2008 hingga sekarang? Jangan hanya seronok beretorik dengan nama agama sedangkan agama entah ke mana? Nilai agama dalam pentadbiran negara tidak diendahkan walau pun diperkenalkan Indeks Syariah dan lain-lain.

Sudah-sudahlah menjual agama.

BERANI BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF.
12022016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...