TERKINI :

Friday, February 5, 2016

Liga M : Kedah ibarat Arsenal....!!

Zulhelmi Zainal

Penampilan semula Kedah di pentas Liga Super sejak 2012 menjadikan pasukan dari utara tanahair ini tumpuan untuk musim 2016 apatah lagi membawa status

Menyedari ranjau berliku menanti musim ini, beberapa pemain tempatan berkualiti termasuk seorang pemain import baharu dibawa masuk untuk memantapkan barisan sedia ada.

Pengalaman dimiliki Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan dan Azmeer Yusof ditagih untuk meneruskan kecemerlangan skuad Lang merah, tidak terkecuali Carlos Kahe dari Brazil.

Namun, apa yang menguntungkan pasukan ini adalah kehadiran lima bekas pemain Harimau

Mereka ialah Farhan Abu Bakar (Penjaga Gol), Ariff Farhan Md Isa (Pertahanan), Asri Mardzuki (Pertahanan), Syawal Nordin (Pertahanan) dan Amirul Hisyam Awang Kechik (Pemain Tengah).

Kedah seolah miliki dua pasukan berbeza dengan skuad utama dibarisi pemain senior dan muda berpengalaman manakala skuad kedua rata-ratanya ditunjangi pemain muda baharu.

Ini dapat dilihat ketika aksi persahabatan bertemu pasukan Piala FAM, Sungai Ara FC di Stadium Darul Aman Alor Setar baru-baru ini apabila dua pasukan dibentuk untuk beraksi setiap masa.

Tidak dinafikan, ada jurang perbezaan tetapi kelibat pemain muda Kedah tidak kurang hebatnya terutama Amirul Hisyam yang begitu menyerlah sebagai perancang tengah.

Situasi ini mengingatkan saya kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal apabila menjadikan tenaga muda sebagai taruhan utama sehingga berjaya melahirkan pemain seperti Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs.

Kedah miliki pemain muda yang berkualiti dan jika betul acuannya tidak mustahil pasukan ini mampu menjadi kuasa besar Liga M dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Cuma, penulis secara peribadi berasa kecewa apabila tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah KFA bertukar ganti apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir melepaskan jawatan presiden

Komitmen Mukhriz berjaya membawa pembaharuan dan kecemerlangan skuad Kedah dan jika itu gagal dilakukan presiden baharu sudah pasti Hijau Kuning akan kembali ke zaman kegelapan

Biar jasa jadi kenangan, jangan jasa jadi buangan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...