TERKINI :

Monday, February 8, 2016

KFA sedih penaja Kedah tarik diri

KFA

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.

Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, beliau merasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.

"Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D'Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.

"Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap

tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik," katanya kepada pemberita.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sudah tidak berminat untuk taja Kedah']

Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran menteri besar baru-baru ini. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...