TERKINI :

Thursday, February 25, 2016

Kes saman Presiden Amanah berlaku ketika beliau dalam Pas


Semua pihak disaran berlaku adil ketika mengulas isu bayaran pampasan RM200,000 membabitkan Pesiden Amanah, Mohamad Sabu kerana ia melibatkan proses perbicaraan yang panjang dan berlaku ketika Mohamad menyandang Timbalan Presiden Pas.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, keputusan mahkamah yang mengarahkan Mohamad membayar RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar atau berdepan risiko muflis perlu dilihat dalam konteks yang betul.

"Ingin saya jelaskan bahawa kes tersebut adalah berkaitan laporan yang disiarkan akhbar Harakah edisi Jumaat, 1-3 Februari 2013 berhubung isu 'Projek IC Sabah', selepas beliau ditemu bual oleh akhbar itu pada 29 Januari 2013.

"Malah turut disaman dalam kes itu adalah bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga Pengerusi Harakah ketika itu.

"Perlu dijelaskan bahawa setiap komen yang dibuat Tuan Haji Mohamad Sabu dalam temu bual itu adalah atas kapasitinya ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ia juga sebagai mengambil tanggung jawab beliau sebagai orang nombor dua dalam PAS ketika itu," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anuar menjelaskan, kes saman itu bukan satu kes baru selepas Mohamad berada dalam Amanah seperti disalahfahami sesetengah pihak.

Tambahnya, biarpun mula dibicara pada 2013 namun kes itu telah melalui proses mahkamah yang panjang sehingga ke peringkat mahkamah paling tinggi dan akhirnya keputusan dibuat pada Ogos 2015.

"Haji Mohamad Sabu telah menghadapi puluhan tuduhan, didera, dicedera, dilokap, ditahan, dibuang daerah, difitnah dan diaibkan sepanjang memimpin parti lamanya itu. Fakta yang jangan dinafi atau dilupakan.

"Oleh yang demikian, saya mengharapkan semua pihak agar adil dalam membuat sebarang komen berhubung isu ini," katanya.

Amanah ujarnya, akur dengan keputusan mahkamah malah parti yang baharu berusia lima bulan itu akan berusaha membantu Mohamad.

Amanah juga, ujarnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya rakyat Malaysia yang menyatakan hasrat untuk sama-sama membantu

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...