TERKINI :

Tuesday, February 9, 2016

Kerajaan guna institusi agama, Raja tutup kelemahan

PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa menjadikan institusi agama dan Raja-Raja untuk meyelamatkan kedudukan mereka.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata pihak pemerintah cuba memperalatkan institusi Raja Arab Saudi, kononnya derma RM2.6 billion yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dari keluarga diraja Arab Saudi.

“Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah institusi diraja asing Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya ‘derma’ RM2.6 billion adalah dari keluarga diraja Arab Saudi.

“Yang perlu diingat institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah mangkat. Orang putih kata ‘dead man tell no tales’, orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan.

“Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib bukan derma politik atau daripada pemerintah Arab Saudi.

“Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma. Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini? Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diraja tempatan, institusi Raja Arab Saudi menjadi sasaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH berkata, dengan tercetusnya pelbagai kontroversi melibatkan pemerintah, khususnya isu derma RM2.6 billion serta skandal 1MDB, reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa tercemar teruk.

“Tunku Abdul Rahman Putra telah mengharumkan nama negara dalam kalangan negara Islam sebagai pengasas dan peneraju Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC),Tun Mahathir dikagumi sebagai Perdana Menteri yang memodenkan ekonomi dan menjadi contoh kepada negara Islam yang sedang membangun.

“Tapi pentadbiran Najib menjerumuskan Malaysia ke dalam pelbagai kontroversi antarabangsa seperti isu skandal rasuah kapal selam Scorpene Perancis, pembunuhan Altantuya, derma RM2.6 billion daripada penderma Arab dan skandal antarabangsa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Switzerland, Singapura, Kepulauan Caymen, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat. FMT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...