TERKINI :

Wednesday, February 10, 2016

Kenapa ABANG MAT baling mikrofon..???



Cuba fikir, Abang Mat mula masuk bertanding pilihanraya tahun 1982. Ketika itu Azmin masih di sekolah menengah. Tian Chua pun tengah sekolah. Abang Mat jadi ahli Parlimen tahun 1990, masa tu Azmin mungkin baru graduate universiti.

Dulu, Abang Mat adalah musuh politik yang ketat kepada Anwar Ibrahim. Tetapi bila Anwar dianiayai oleh UMNO, Abang Mat bangkit membela Anwar bersama-sama Fadzil Noor, Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad dan pemimpin-pemimpin DAP.

Atas cadangan Fadzil Noor, tertubuhlah parti Keadilan. Fadzil Noor dan para panglimanya seperti yang sebutkan di atas, bersama DAP sebagai pihak yang cukup matang dan kaya dengan pengalaman dalam sepak-terajang politik UMNO, menjaga Parti Keadilan seperti jaga anak kecil, masa itu!

Azmin di mana ketika itu? Azmin ikut Anwar, dan akhirnya dia menjadi pemimpin utama dalam Parti Keadilan. Padahal, sebelum Anwar dipecat, Azmin berada di lapisan ke 8 dalam hierarki kepimpinan UMNO, tetapi sekarang dia telah menjadi pemimpin utama parti, setaraf dengan Abang Mat. Ok, itu tak jadi masalah.

Abang Mat membela Anwar tanpa henti sejak tahun 1998 sampai sekarang, dan itulah punca utama kenapa Abang Mat dan 17 yang lain dihalau dari PAS. Bukankah G-18 yang diketuai oleh Abang Mat itu digelar "Anwarinas"?

Abang Mat dan 17 geng Anwarinas menubuhkan Amanah. Abang Mat nak lawan UMNO dan Abang Mat nak bela Anwar. Abang Mat dihina oleh PAS, Abang Mat tak kisah. Abang Mat tetap istiqamah dengan matlamat perjuangannya untuk tumbangkan UMNO dan untuk bebaskan Anwar! PAS sudah berbaik dengan UMNO, Azmin pula sudah baik dengan PAS dan UMNO. Azmin. Ya, Azmin. Azmin yang dulu kononnya orang yang paling setia kepada Anwar, digambarkan begitu selama berbelas-belas tahun. Azmin yang dulu ketika baru bertatih nak belajar berjalan dalam politik, Abang Mat yang tolong pegang tangan takut rebah. Rupa-rupanya, semua itu hanya lakonan. Sikap dan perwatakan "Datuk Seri Azmin Ali" yang separuh lembut, mukanya comel, cerah kulit, cakapnya teratur menyerlahkan budi bahasanya yang tinggi; semuanya itu menjadi selimut yang sangat berguna baginya.

Dalam keadaan lanskap politik yang sudah jadi seperti ini, sekarang ini, ketika Anwar masih dalam penjara, ketika Abang Mat sudah jadi Presiden Amanah, ketika Hadi Awang sudah berpeluk dengan Ibrahim Ali dan sudah pakai sedondon dengan Najib, ketika ini, menurut logika politik, Azmin sepatutnya menyebelahi Abang Mat, tetapi dialektika politik lebih memperlihatkan wajahnya. Rupa-rupanya, Azmin lebih menyebelahi Hadi Awang dan Najib!

Semalam genap satu tahun Anwar dipenjarakan. Wajah terbaru Anwar menunjukkan bahawa dia sedang menderita. Mukanya cengkung, kesihatannya terganggu, dan wajahnya membayangkan seksaan yang tidak terperi yang terpaksa ditanggungnya.

Dalam keadaan UMNO yang sudah hampir hancur, kedudukan Najib sudah sangat lemah, sepatutnya Pakatan berupaya memberi tekanan yang lebih hebat kepada kerajaan Najib-Rosmah-Hadi supaya membebaskan Anwar. Sepatutnya! Tetapi Azmin dan penjilatnya duk sibuk nak kerjasama dengan PAS dan mengenepikan Amanah. Azmin dengan Abang Mat ibarat anak dengan ayah, dari segi perbezaan usia dan pengalaman politik. Sekarang bukan main biadab lagi dia. Tak ada hati dan perasaan langsung terhadap kesengsaraan Anwar... Dasar muka tak malu! Kamu naik kerana Anwar, sekarang kamu kurang ajar dengan orang yang nak bela Anwar, bekas musuh Anwar!

Mau Abang Mat tak baling mikrofon!

Oleh:
Abe Awang Malaya

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...