TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

Kena Tipu UMNO Berkali-kali Tanda PAS Matang?

 "Jika Pas matang kenapa ditipu Umno?" selar netizen

Laman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan.

Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan.”

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno.

“Jika Pas matang kenapa ditipu Umno? Barangkali nak jadi matang mestilah ditipu umno BERULANG kali,” kata Hamdan Mohamad antara pengguna Facebook yang memberi reaksi dalam status yang dimuatnaik selama 10 jam itu.
Sementara itu, Kamarul Mohamad menulis, “Kalau matang tak adalah istilah jebon, nyamuk, anwarinas, salak bukit, baru#, jahil, pan###, parasit, dan lain-lain. Jika pilih Islam perkuat dakwah, bukan melabel.”

Hal sama juga ditekankan oleh pengguna Facebook yang memakai nama Mak Labu dengan berpendapat sejumlah pemimpin lama dalam parti yang berjasa dan telah diuji dengan pelbagai cabaran tidak akan dihalau keluar oleh Pas jika parti itu matang.

“Kalau matang Pas tak dikencing Umno dlm hudud. Kalau matang Pas tak diperalatkan Umno untuk guna hudud pecahkan PR (Pakatan Rakyat),” tegas Mak Labu lagi.

Pas kuat sendirian

Sementara itu, ujar pengguna Facebook, Mohd Mahfuz, Umno akan senang hati apabila melihat Pas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti kerana bersendirian.

Menyaksikan Pas lebih banyak berperang dengan parti pembangkang, Zahid Abdul Ghafor pula berpandangan Pas usah asyik retorik seperti Umno sebaliknya rakyat mahu melihat parti itu melaksanakan hudud.

“Tak habis lagi ke? Kuat bila sendirian… Dah kuat buat aja la kerja… asyik cari simpati buat apa? Nak bela Melayu tapi perguna Melayu untuk kekal kuasa dan kezaliman.

“Rasa pelik tengok Pas tak berhenti meroyan lepas membersihkan dengan cara yang cukup suci. Kata dah kuat tapi hudud pun senyap. Rakyat makin dizalimi. Dulu nak ambil kuasa dari orang gila tapi kini nak nasihat orang gila pulak,” bidasnya lagi.

Terus mempersoalkan kematangan Pas, Azman Kasim menulis, “Matang hapakebenda! Golongan cerdik pandai dan profesional habis disepaknya ditendangnya. Pada Pas yang pakai kopiah dan serban saja yang layak jadi pemimpin. Matang ke tu?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan kemungkinan pemimpin muda Pas pada masa ini bersedia dikenakan hukuman penjara seperti pemimpin Pas terdahulu.

“Orang yang berjuang berpuluh tahun sanggup keluar masuk penjara demi parti dan rakyat langsung tak dihargai. Matang ke tu? Agak-agak ada tak pemimpin muda Pas sekarang yang berani masuk penjara?” tambah Azman lagi.

Dakwaan Idris kononnya Pas sudah matang juga mendapat sindiran Amin Saedi yang menyoal, “Termasuklah mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai adalah seni berpolitik?”

Reaksi sinis turut dilontarkan oleh Mohd Syukri apabila meninggalkan komentar berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pakatan Harapan, PKR, Dap, Amanah lagi…”
-MD 

ULASAN GB

Teruk nampak gayanya Naib presiden PAS kena belasah dengan warga internet.

Pandai bercakap tapi tak tahu apa yang dia cakap. "Seni berpolitik" katanya. Kalau PAS tahu seni berpolitik tidaklah ia menjadi kera sumbang sekarang ini.

Mungkin "mencaci dan memaki-hamun" dengan perkataan-perkataan barua, tolol, pengkhianat dan seumpamanya itu juga "seni berpolitik". Tikam rakan, memfitnah pil kuda dan komunis juga mungkin termasuk di dalam seni berpolitik PAS sekarang ini.

Mana mungkin PAS yang berhasrat nak menjadi ketua, tetapi tak mampu untuk menjadi pengikut yang baik?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS semakin dipinggirkan dan PAS yang nampaknya akan terus hilang seperti HAMIM dan BERJASA seperti yang dituduhnya kepada pihak lain.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...