TERKINI :

Monday, February 1, 2016

Kedudukan MB Kedah Diketahui Petang nanti

Kedudukan MB Kedah Diketahui Petang Isnin 
ALOR SETAR: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya dijangka diketahui pada Isnin.

Seramai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional telah diminta menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah melibatkan dua adinda Sultan Kedah serta anakanda Yang di-Pertuan Agong yang akan memutuskan berhubung perkara itu.

Setiap Adun akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan puteri sulung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Semua wakil rakyat terlibat dijangka menghadap anggota jemaah itu bermula pukul 2 petang di Wisma Darul Aman.

Sumber berkata, sidang media telah diatur selepas pertemuan itu bagi memaklumkan keputusan berkaitan kedudukan Menteri Besar Kedah.

Sumber itu juga memaklumkan, jika Mukhriz disingkirkan, penggantinya akan diumumkan petang Isnin.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...