TERKINI :

Tuesday, February 23, 2016

Kajiselidik memihak Mukhriz, Dr Haniff ditukar jawatan?


Bekas Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hassan menafikan khabar angin beliau ditukarkan ke Putrajaya ekoran tersebarnya kajiselidik dilakukan Jabatan Penerangan Negeri Kedah di media sosial ketika berlaku krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah pada Januari lalu.

Dr Haniff yang berkhidmat selama empat tahun di Jabatan Penerangan Negeri Kedah berkata, pertukarannya adalah prosedur biasa bagi seorang penjawat awam.

“ Saya sudah empat tahun di Kedah pertukaran dalam perkhidmatan awam adalah pertukaran biasa walaupun orang kata pertukaran itu bersebab.

“ Ini spekulasi orang, macam-macam mereka boleh nak kata,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Menurut Dr Haniff lagi, prosedur biasa fungsi Jabatan Penerangan adalah untuk melakukan kajiselidik terhadap isu-isu semasa dan keselamatan.

“Setiap dua minggu ada saja kajian yang kita lakukan membabitkan pelagai isu semasa dan keselamatan untuk mencari penyelesaian bersama membabitkan kerajaan negeri termasuklah dalam krisis MB Kedah.

“Kadangkala arahan itu datang dari Putrajaya tetapi kajiselidik yang saya lakukan pada masa krisis MB yang lalu saya yang mengarahkan dan mengetuai kajiselidik itu untuk mendapatkan maklumat sebagaimana kajiselidik yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Bila kita bentang pada kerajaan negeri, MB akan bentang kepada Pemangku Jemaah Sultan Kedah setidak-tidaknya dimaklumkan akan pandangan rakyat terhadap krisis kepimpinan di negeri itu,” ujarnya.

Dapatan kajiselidik dilakukan pada 20-21 Januari itu menunjukkan sokongan dan simpati rakyat terhadap Mukhriz kerana responden berpendapat desakan pemimpin tertentu dalam Umno Kedah adalah tidak wajar.

Di mana kajian menunjukkan 97.2% TIDAK SETUJU dengan desakan tersebut.

Laporan kajian itu bertajuk : Respon Rakyat Negeri Kedah Mengenai Desakan supaya Perdana Menteri Melakukan Perubahan Kepimpinan Tertinggi Umno Kedah serta Menteri Besar Kedah.

Beliau juga tidak menafikan setiap kajiselidik dilakukan adalah kerahsiaan. Bagaimanapun dakwa beliau kajiselidik itu tersebar di media sosial berkemungkinan bermula di pejabat Menteri Besar ketika beliau menyerahkan dapatan kajiselidik itu sebagai rujukan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun begitu beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tersebarnya kajiselidik itu sehingga di viralkan.

Katanya lagi, sebagai penjawat awam beliau perlu bersedia untuk ditukarkan ke jawatan atau mana-mana lokasi pada bila-bila masa yang diarahkan oleh pihak kerajaan.

Beliau juga menafikan pernah menerima surat tunjuk sebab kerana tersebarnya dapatan kajiselidik itu.

“Saya pun dah duduk lama empat tahun di sini, kalau saya lakukan kesilapan kerana tersebarnya dapatan kajiselidik itu tentulah ada surat tunjuk sebab yang diterima.

“Apa yang saya terima hanya surat pertukaran biasa sahaja. Bagi saya itu sesuatu yang positif dapatlah saya pulang kepangkuan keluarga yang menetap di Sungai Buluh,” ujarnya.

Dr Hanif ketika hari terakhir bertugas sebagai Pengarah Japen pada 18 Februari lalu diraikan rakan sekerja.Dr Hanif ketika hari terakhir bertugas sebagai Pengarah Japen pada 18 Februari lalu diraikan rakan sekerja.

Beliau diarahkan bertugas di Ibu Pejabat untuk memantapkan lagi jentera Jabatan Penerangan berkuatkuasa semalam sementara menunggu ditempatkan di mana-mana kementerian untuk jawatan Ketua Komunikasi Korporat kerana dimaklumkan beberapa kementerian telah meminta Jabatan Penerangan mengemukakan nama-nama calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut sebelum ini.

Manakala tempat Dr Haniff pula akan digantikan dengan Aziman Hassan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

Bagaimanapun Aziman dikatakan menangguhkan dulu pertukaran bagi menyelesaikan tugas di negeri berkenaan sebelum memulakan tugas mengantikan tempat Dr Haniff.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...