TERKINI :

Saturday, February 27, 2016

Gantung Muhyidin : Politik negara dalam bahaya bila berbeza dan kritik sang penguasa

Kenyataan Media

GANTUNG MUHYIDIN : POLITIK NEGARA DALAM BAHAYA, TIADA SIAPA BOLEH BERBEZA DAN KRITIK DENGAN ORANG YANG BERKUASA.

1. Pengantungan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno selepas penyingkiran beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah sangat tidak wajar dalam negara yang mendukung prinsip demokrasi.

2. Alasan penyingkiran dan pengantungan bermula daripada perbezaan pendapat serta kritikan Muhyidin terhadap penyalahgunaan kuasa Najib selaku PM menangani Skandal 1MDB. Muhyidin di gantung kerana terus menyentuh 1MDB khususnya skandal "derma" RM2.6 dan kes SRC RM42 juta selepas Peguam Negara memutuskan yang tiada kes ke atas Najib.

NAJIB DAN UMNO DIDAHULUKAN RAKYAT DAN NEGARA DITINGGALKAN.

3. Persoalannya, salahkah Muhyidin untuk bercakap secara terbuka demi untuk menyelamatkan negara dan rakyat? Sedangkan tindakan Najib dan Umno menyingkir  Muhyidin sebagai TPM dan mengantung beliau sebagai Timbalan Presiden Umno hanya atas perkiraan kerana hendak "SELAMATKAN NAJIB DAN UMNO". Bahaya apabila kepentingan melindungi Najib, Pemimpin dan parti mendahului negara dan rakyat yang ditinggalkan. Sedangkan Muhyidin mendakwa pernah mendapat taklimat khas atas isu skandal derma RM2.6 bilion dan kes SRC RM42 juta daripada bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani, Tan Sri Abu Kasim, SPRM dan Tan Sri Zeti, Gabenor Bank Negara. Tentu Muhyidin mempunyai maklumat dan bukti yang cukup.

4. Kini PPO SPRM menggesa SPRM mengemukan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara serta meneruskan siasatan Skandal Derma RM2.6 bilion. Bukankah keputusan PPO itu bercanggah dengan keputusan Peguam Negara? Bukankah dengan pengarahan mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara menunjukkan PPO mendapati ada bukti  yang mencukupi untuk mendakwa Najib?

DISIPLIN UMNO : BIAR PECAH DIPERUT JANGAN PECAH DIMULUT.

5. Salahkah Muhyidin terus mempersoalkan secara terbuka yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat? Nampaknya Disiplin Umno kini mengkehendaki ahli umno mendiamkan diri walaupun pemimpin bersalah. Jangan riuh dan bising simpan rahsia jenayah pemimpin elok elok. "BIAR PECAH DIPERUT JANGAN PECAH DIMULUT". Inilah peraturan disiplin Umno dalam dunia politik baru Malaysia yang mahu Timbalan Presiden Umno membantu, menunaikan dan menjayakan tanggung jawab Presiden melakukan rasuah, salahguna kuasa dan  merompak wang rakyat atas nama GST, "Derma" serta 1MDB.

6. Politik mengenepi dan menyingkir pengkritik Najib yang berkuasa tanpa asas sangat merbahaya kepada masa depan negara. Apatah lagi adanya pemimpin sekeliling menjadi pengampu dan pembodek untuk kepentingan diri konon hendak jaga dan selamatkan parti. Pada siapa lagi rakyat bergantung harap untuk memperbaiki negara dan kehidupan rakyat? Paling dibimbangi Virus Bodek Najib sebagai pemimpin yang tak boleh dikritik, bebal dan salahguna kuasa merebak kepada parti-parti pembangkang. Siapa saja yang bertentangan dengan pemimpin yang berkuasa dalam kerajaan dan parti akan disingkir daripada kerajaan dan diambil tindakan atas nama kononnya disiplin. Hilanglah tempat untuk rakyat mengharap.

7. Rakyat perlu bangkit. Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik jeriji besi terus berlawan. Tun M, Mukhriz dan pemimpin  pembangkang, budayawan, artis, pekerja, ulamak, petani, penoreh dan pekebun getah, nelayan, peneroka dan semua kelompok masyarakat tanpa mengira ideologi politik, kaum dan agama perlu bersatu bangkit demi negara dan rakyat. Jauhi dari Virus Najib menjangkiti parti, organisasi dan diri. Tan Sri Muhyidin perlu bangkit. Untuk apa ada jawatan digantung tugas. Ayuh bertindak bersama rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

#SelamatkanMalaysia
#SelamatkanRakyat.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Februari 2016/18 Jamadilawal 1437H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...