TERKINI :

Sunday, February 14, 2016

Exco AMK cabar Azmin bawa Chegu Bard ke Mahkamah

Kenyataan terbuka
7 Januari 2016


CABAR AZMIN BAWA CHEGUBARD KE MAHKAMAH

1. Saya selaku exco AMK dengan ini mendesak agar pertembungan Azmin dan chegubard ditamatkan segera. Ia menggusarkan ramai anggota parti kerana memberikan imej buruk bukan sahaja kepada pentadbiran kerajaan selangor tetapi kepada parti secara keseluruhanya.

2. Presiden atau Pengerusi Disiplin parti harus bertindak segera memanggil kedua dua watak ini bagi diberi ruang memberikan penjelasan dan hujah masing - masing dan dicari jalan penyelesaian. Jika dakwaan cheGubard dia telah menulis aduan kepada parti benar maka ia satu tidak wajar berlaku. kenapa aduan beliau dibakul sampahkan?

3. Azmin harus lebih tenang bukan melakukan penafian di hadapan media dengan serangan perkataan kasar kepada pengkritik. Cabaran membuat laporan SPRM itu sendiri nampak sangat lucu apabila disedari ia bukan bidang kuasa SPRM. Ia berkaitan janji ketelusan yang kita bawa.

4. Isunya mudah dan ringkas Azmin kata ada tender terbuka dalam pemberian kawasan balak kepada dua syarikat yang dimaksudkan. Chegubard sebut dia ada bukti yang tiada tender terbuka cuma buktinya kertas MMKN yang tertaluk dalam akta rahsia rasmi kerajaan. Pilihan yang ada dalam isu ini parti panggil keduanya dan adakan siasatan dan perbicaraan dalaman atau Azmin bawa chegubard ke mahkamah kerana menfitnah dan biar chegubard dedah dokumen rahsia itu di dalam mahkamah jika benar. Ini perlu ditangani dengan hati - hati kerana kita tidak mahu terlihat sama seperti Umno Bn sama ada dari aspek tidak mendengar rungutan dan kritikan atau dari hal menghukum pengkritik.

5. Dari isu zakat, DEIG, gerbang dan kini balak kelihatan pertembungan cheGubard dan Azmin mampu beri kesan yang besar kepada parti jika tidak ditangani segera.

Saya petik kenyataan chegubard semalam untuj kita renungkan bersama ;

"Isunya ialah dia sebut melalui tender terbuka dan ternyata ia tidak. Ia bukan kes SPRM.

11. Kepada semua saya pertegaskan ini bukan persoalan politik atau perbezaan pendapat dalamn parti tapi ini soal reformasi dalam kaedah tataurus atau pengurusan kerajaan negeri.

12. Persoalan tuntutan reformasi bukan sekadar merubah kerajaan tetapi kaedah pengurusan yang lebih telus, efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberikan amanah dan pengharapan kepada KeADILan dalam melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh.

13. Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yang digagaskan oleh DSAI menegaskan tentang prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (efficiency) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yang inginkan perubahan.

Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip-prinsip reformasi."

Umum sedang perhatikan kita, bersediakan parti menangani isu ini secara progresif atau beranikah azmin seret chegubard ke mahkamah ?

sekian

Halimah Nasoha
EXCO AMK
Halimahnasoha@gmail

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...