TERKINI :

Tuesday, February 16, 2016

Dah menteri malas pikiaq, nie ada idea rakyat nak selesaikan masalah kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia!!

Bagaimana nak selesaikan atau nak elakkan kemasukan warga Bangladesh seramai 1.5 juta ke Malaysia??

Kerajaan Malaysia yang diterajui Melayu Umno dengan sahabat2 Cina dan India dalam BN sudah tiada idea bagaimana untuk selesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di 3 sektor iaitu perladangan, pembinaan & perkhidmatan. KJ, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia Malaysia berkata Kerajaan tiada pilihan lain kerana 3 sektor ini tiada permintaan kerja oleh warga Malaysia. Katanya warga Malaysia tidak mahu bekerja di 3 sektor ini.

Kita boleh terus kritik dan kutuk tapi apa penyelesaiannya??

Kita selalu tengok dan ikuti banyak NGO yang prihatin buat program membantu golongan gelandangan di ibu kota dan beberapa bandar lain. Diberikan makanan percuma.. diadakan program dapur jalanan dan sebagainya... Tambah lebih dari itu ada pula dari parti politik yang turun bersama tidur di kaki lima kononnya nak merasai hidup gelandangan. Apa punya serabut.

Kenapa tidak diambil golongan gelandangan yang sihat yang kuat untuk bekerja di sektor2 tersebut? Adakah dengan memberikan mereka makanan percuma setiap minggu menyelesaikan masalah mereka??

Ada NGO yang mengutip derma untuk membantu gelandangan mendapat tempat berlindung dan makanan tapi adakah selesai? Gelandangan tidak selesai dengan kita terus memberikan makanan dan tempat tidur/berlindung percuma. Mereka akan lebih liat menyelesaikan masalah mereka krn kita sering memberi percuma.

Aku suka cara Benz Ali memberikan pendidikan percuma kpd anak2 gelandangan. Itu baik krn pendidikan suatu kewajipan selain makanan.

Jabatan Buruh/Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia perlu lebih pro-aktif mencari tenaga kerja dalaman bukan dengan mudah mengikut kehendak pemain industri mendapatkan tenaga luar.

Sepatutnya Kerajaan lebih mementingkan tenaga kerja dalam negara. Rakyat Didahulukan di mana???

Industri perlu sediakan prasarana yang baik kepada pekerja. Jika di sektor perladangan, sediakan tempat tinggal yang baik, gaji memuaskan dan persekitaran kerja yang kondusif.

Sebenarnya permintaan pekerja asing bukan kerana warga Malaysia tidak mahu kerja tapi pemain industri mementingkan diri. Mereka tahu tenaga luar boleh diberikan gaji yang murah, kerja tidak kira masa sehingga dilayan seperti hamba. Diperah keringat manusia seperti binatang.

Tenaga kerja asing adalah penyelesaian singkat kekurangan tenaga kerja tapi untuk jangka masa panjang, ianya boleh menggugat keselamatan negara.

Fikirlah dengan rasional.

BERANI BERUBAH.
KUASA DI TANGAN KITA,

ZULHAZMI SHARIFF.
15022016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...