TERKINI :

Thursday, February 11, 2016

CESSSSSSSSS MARI KITA BANGUN dan Keluarlah dari keBODOHan...!!!

CESSSSSSSSS MARI KITA BANGUN!!!!!


Itulah ayat terakhir sebelum mikrofon dibaling ke backdrop. Tindakan tersebut menggambarkan rasa geram, marah, meluat, menyampah dan pelbagai rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Separuh umur dikorbankan melawan kejahatan Umno dan sekutunya dalam BN tapi hasilnya tetap sama. Hasilnya Umno dan BN masih lagi berkuasa sedang rakyat majoriti merana.

Ramai mempertahankan tindakan membaling mikrofon tersebut kerana dirasakan ianya suatu reaksi untuk menggambarkan rasa hati. Aku tidak mempertahankan dan tidak juga memperlekehkan cuma aku melihat di sudut lain dari yang dibisingkan.

Sebelah sini pertahan sebelah sana mengutuk. Sebelah sini mengutuk sana sebelah sana pertahan dengan mengutuk kembali. BODOH!!!!!

Abang Mat Sabu membaling mikrofon menunjukkan rasa marahnya kerana rakyat malah aktivis parti masih beretorik sesama sendiri. Dalam keadaan melihat reaksi marah Abang Mat pun rakyat dan aktivis parti masih beretorik sesama sendiri. BODOH!!!!

Dulu bila mula menjarakkan diri dengan parti lama dikatakan hendak meneruskan perjuangan melawan Umno/BN. Pedulikan parti lama yang dilihat mesra dengan Umno/BN. Kita jalan terus. Kita peduli rakyat, kita inklusif, kita progresif, kita itu kita ini tapi hakikatnya tidak. Masih terbawa-bawa cara lama. Masih tergila-gila parti lama.

Dalam keadaan Abang Mat Sabu membaling mikrofon menampakkan reaksi tidak puashatinya, masih ada lagi yang beretorik sesama sendiri parti kami lebih baik dari parti lama, masih lagi bermain sentimen nama parti, sana PAN sini PIS. BODOH!!!! Macam budak-budak saling menggelar hang aku.

Dalam keadaan Abang Mat Sabu menyampah dengan retorik sehingga membaling mikrofon, ada lagi terperangkap dengan mainan parti itu tidak lama parti ini kembali kuat. Ada bukti ahli kembali ada bukti makin ramai keluar. BODOH!!!!!!

Kalau beginilah senarionya aku rasa tidak mustahil suatu hari nanti Abang Mat Sabu akan cempong dan angkat mereka-mereka yang bodoh dan dilempar keluar. Ada tidak menambah, tiada tidak merugi.

BODOH!!!!! BODOH!!!!
Keluarlah dari keBODOHan.
BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
11022016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...