TERKINI :

Friday, February 19, 2016

Azmin makin ego tak lut teguran, projek tukar kubah dan pejabat Masjid negeri bukan sekadar RM32.4 juta tetapi RM65.7 juta


Kenyataan Umum | 16 Februari 2016

PENTADBIRAN SELANGOR MAKIN EGO DAN TAK LUT TEGURAN

1. Banyak teguran yang dilontarkan kebelakangan ini kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetapi malangnya Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali terus dengan ego malah bertindak tidak ubah seperti kerajaan Umno BN yang menganggap semua teguran sebagai musuh malah turut mencaci saya sebagai ‘Macai UMNO’.

2. Dari DEIG, kepada salah guna wang zakat untuk lobi politik,’mengecat’ pintu gerbang RM9.8 juta sehinggalah projek mengganti kubah masjid bernilai rm32.4 juta. Semuanya gagal dijawab.

Cuma isu beri balak tanpa tender terbuka dia nafikan konon melalui tender terbuka. Ini penipuan yang saya sudah serahkan pada lembaga disiplin parti buktinya.

3. Projek ‘mengecat’ atau ‘facelift’ pintu gerbang ditutup hanya dengan alasan ia kehendak Istana dan wang tersebut bukan wang kerajaan negeri tetapi wang derma yang akan dikutip kemudian. Yang mana apabila ditanya dengan adakah ia mengikut tatakelola kewangan yang betul sehingga hari ini terus diam membisu.

4. Kemudian alasan pertukaran kubah lebih teruk lagi bila dikatakan pembaziran RM32.4 juta untuk menukar kubah itu demi kepentingan umat Islam. Alasan ini juga akhirnya ditempelak olek beberapa ahli agama (islam) sendiri sebagai alasan tidak bertanggungjawab.

5. Di sini saya ingin mendedahkan bahawa bukan sahaja projek RM32.4 juta (menukar kubah sahaja) tetapi tempat yang sama juga Kerajaan Negeri telah mengalirkan RM33.3 juta bagi pejabat pentadbiran masjid. Persoalannya apakah kebijakan yang diambil untuk satu tempat sebanyak RM65.7 juta dialirkan? Kebetulan ia kawasan masjid tetapi jangan gunakan alasan agama yang hanya akhirnya memfitnah agama itu sendiri.

Ingat lagi bila masjid Kristal (Terengganu) menelan belanja besar kerana alasan pelancongan dan konon kerana mengagongkan syiar Islam maka kita sama - sama kritik tetapi apabila MB PKR lakukan pembaziran serupa , adakah kita hanya diam ?

6. Dalam kesempatan ini juga saya sempat meneliti agihan projek penyelenggaraan jalanraya di Selangor. 3 syarikat mendapat tempat selaku Kontraktor utama. Syarikat yang mendapat kontrak ini juga dipertikaikan kerana ada syarikat yang mempunyai rekod projek tidak siap dibawah JKR masih mendapat tempat. Malah sebuah syarikat yang mendapat tempat hanya mengambil alih pejabat, peralatan dan kakitangan sebuah syarikat lain yang ditolak di peringkat awal. Dari segi jumlah harga ia meningkat secara mendadak dan sangat menjolok mata.

7. 3 syarikat utama tersebut melantik pula, syarikat-syarikat sebagai ‘sub-con’, untuk pengetahuan semua sebahagian besar syarikat tersebut ialah syarikat kaitan dengan UMNO malah ada dimiliki oleh pemegang jawatan dalam UMNO Selangor. Ia tidak salah jika dilihat dari segi prestasi adakah tidak ada yarikat lain lebih layak? Ingatkah kita bahawa Khalid Ibrahim antara alasan disingkirkan kerana ia tidak mempedulikan parti termasuk dalam agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai projek tender dan seumpamanya dalam Selangor maka ia lebih teruk sebahagian besarnya disalurkan kepada ‘kaitan’ UMNO. Adakah ini sebahagian dari benda yang disengajakan dan patutlah serangan UMNO pada Azmin sendiri agak tumpul dan tumpuan Azmin kepada Anwar longgar serta ia juga dilihat mengagalkan penubuhan pakatan pembangkang (pakatan harapan) yang kuat untuk mendepani UMNO Barisan Nasional.

8. Perkembangan pembaziran melalui MBI juga harus dipantau, pertambahan kakitangan mendadak dengan jumlah gaji yang besar serta kewujudan anak syarikat yang tidak diperlukan perlu diaudit oleh parti sebelum ia menjadi beban kepada parti itu sendiri.

Ingat lagi ketika parti membuat keputusan untuk memasukkan Saifuddin Nasution sebagai pegawai membantu (politik) Menteri Besar (Khalid) selepas PRU 13 tetapi Azmin ketika itu ADUN biasa mengkritik hebat kononya ia membazir sehingga lantikan Saifuddin tertangguh. Malangnya kini dia sendiri membazir dengan cara yang sangat menjolok mata.

Sekian,

Che’GuBard
Anggota seumur hidup,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
http://chegubard.blogspot.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...