TERKINI :

Saturday, February 27, 2016

Ayuh.. Jom Tukar Sistem Bukan Hanya Tukar Orang....

 
Pakat riuh rendah kononnya Anwar Ibrahim bagi wasiat dari dalam penjara bahawa jangan hanya bertekad turunkan Najib tetapi jatuhkan keseluruhan dan tukar sistem.

Bagi aku yang kononnya wasiat tu bukan istimewa sangat pun kerana majoriti kita faham dan mempunyai niat & tujuan yang sama iaitu tukar, turunkan dan singkirkan Umno/BN dari pentadbiran Malaysia dan negeri seluruhnya.

Tiada apa yang istimewa melainkan kononnya dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim. Kononnya apa saja yang Anwar Ibrahim buat, sebut itu sesuatu yang istimewa. Tidak. Biasa saja.

Aku nak tambah dan nak tunjukkan bukti jelas bahawa TUKAR ORANG BUKAN SISTEM tidak memberikan apa-apa kebaikan malah boleh menambah kecelakaan.

Buktinya bukan tukar Pak Lah kepada Najib kerana bukti melibatkan Umno ini juga bukan istimewa malah sudah basi. Aku nak tunjukkan bukti yang melibatkan PARTI REFORMASI. Parti yang kononnya perjuangkan perubahan.

Suatu ketika riuh seantero Malaysia strategi "Langkah Kajang" yang dibuat untuk menukar seorang Menteri Besar dari parti reform. Menteri Besar itu dikatakan mentadbir ikut suka hati dia dan kelompok dia tanpa mengambilkira pandangan parti dan rakan-rakan dalam pentadbiran. Menteri Besar itu dikatakan mentadbir bersendiri, angkuh, kedekut dan berbagai lagi tuduhan. 

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2014/09/Azmin-Ali-mug-yusufi.jpgDijanjikan kepada penyokong bahawa pengganti Menteri Besar nanti akan mengambilkira pandangan parti dan kawan-kawan dalam mentadbir. Apa saja keputusan pentadbiran akan dibincang di peringkat tertinggi parti-parti yang terlibat. Akan diwujudkan "Majlis Penasihat Kerajaan" yang diwakili parti-parti yang terlibat untuk membincang dan menasihati Menteri Besar dan Exco.

Akhirnya dengan "Langkah Kajang" dan melalui berbagai strategi dan seni politik, Azmin Ali (sekarang Dato' Seri) berjaya menjadi MB.

Menteri Besar yang baru angkat sumpah. Retorika sana retorika sini. Turun longkang sana panjat lori sini. Perlakuan individu, peribadi tapi adakah sistem diubah? Adakah Menteri Besar mentadbir dengan panduan parti dan rakan-rakan parti lain?

Di masa pentadbiran Menteri Besar lama sebelum Langkah Kajang kita tak dengar projek-projek besar seperti mengecat pintu gerbang dengan kos RM9.2 juta. Kita tak dengar projek membina bangunan masjid dan ubah suai serta baiki kubah masjid bernilai RM32 juta. Kita tidak dengar pegawai yang rapat dengan pentadbiran boleh beli jam bernilai puluhan ribu.

Dulu Menteri Besar kedekut tapi sekarang terlebih pemurah.

Ini berlaku dalam keadaan parti itu perjuangkan reform, perubahan, tentang penyelewengan dan pembaziran.

Di pusat mereka bongkar tapi bila melibatkan mereka, didiamkan saja malah yang membongkar dikecam!!

Jelas!!!! TUKAR ORANG BUKAN TUKAR SISTEM akan gagal malah lebih teruk tidak kira siapa.

PERUBAHAN MESTI IKHLAS.
Perubahan mesti dengan tindakan bukan hanya ucapan.

BERANI BERUBAH.

Zulhazmi Shariff
Ahli Biasa DAP
27/02/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...