TERKINI :

Wednesday, February 17, 2016

Apabila Timb Ketua Ulama PAS Trengganu tegur pimpinan PAS yang terima jawatan dari organisasi luar Pas

Pas digesa teliti sebelum terima jawatan

Dr Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas dicadang mempertimbangkan sesuatu jawatan secara teliti dalam mana-mana organisasi khusus di luar Pas bagi mengelak ia memberi kesan terhadap perjuangan politik parti itu.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, sekalipun ia dilihat memberi kepentingan kepada ummah, namun semua aspek perlu diambil kira terlebih dahulu.

“Kita perlu bersikap terbuka dalam apa-apa tindakan yang boleh memberi kepentingan kepada umat dan juga agama Islam iaitu kepentingan tanpa merugikan perjuangan Islam. Kalau merugikan, kita tidak setuju.

“Tetapi aspek yang merugikan itu perlu dilihat dalam bentuk yang luas. Walaupun mungkin mendatangkan faedah tetapi kalau dari segi politik boleh menjejaskan perjuangan (parti), itu pun perlu dilihat sama. Perlu lihat dalam pelbagai aspek untuk masa depan Islam dan ummah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas laporan berhubung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) yang diadakan beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, Jumaat lalu.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat ketika mengulas lanjut perkara itu mengakui tidak mengetahui sejauh mana persetujuan Haron dalam menerima pelantikan jawatan terbabit.

Bagaimanapun beliau percaya, tindakan diambil pemimpin tersebut sama ada menerima atau menolak, ia sudah tentu melalui perbincangan dan mengambil kira pandangan lebih awal daripada rakan-rakan dalam kepimpinan parti.

“Kita serah kepada Datuk Dr Haron. Mungkin dia ada pandangan sendiri. Kalau dia terima, mungkin dia fikir itu lebih baik dan kalau dia tidak terima pun, mungkin dia fikir itu juga lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengenai perkara sama, Abu Bakar memberitahu ia adalah pandangan peribadi Husam tetapi berharap semua pihak terbuka dan tidak membuat penilaian awal mengenai perkara

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...