TERKINI :

Monday, February 1, 2016

APABILA menegur SEORANG USTAZ..!!

Cikgu Ghani Abd Ghani


Seorang ustaz telah mohon jadi bilal dan telah berjaya.Tapi jemaah masjid mendapati dia jarang ke masjid untuk azan setelah sebulan lebih dilantik.Mereka hanya merungut di belakang, tak berani menegur.Dia bersolat di surau dekat rumahnya.Saya rasa terpanggil untuk menegur,maklum dia ustaz,ngaji pondok,lulus sijil agama,saya cikgu saja,tak ngaji mana pun.Beberapa hari juga dok fikir macam mana nak tegur, akhirnya saya memberanikan diri.

Suatu pagi selepas solat subuh di surau,saya pun bertanya kpd ustaz yg menjadi bilal masjid itu,bolehkah saya nak bertanya sikit,dia pun duduk depan saya tanda sedia dengar masalah saya.Kata saya,"Ada seorang,minta jawatan jaga di sebuah sekolah menengah tempat kita, dan dia berjaya dapat jawatan itu.Dia pun mula bekerja di situ.Suatu hari, orang ini telah pergi ke sekolah kebangsaan yg juga di kawasan itu,untuk bertugas di situ kerana syarikat kawalan keselamatan itu juga mendapat kontrak menjaga sekolah kebangsaan.Soalan saya,bolehkah ia pergi bertugas di sekolah kebangsaan sedangkan dia mohon bertugas di sekolah menengah dan diarahkan untuk bertugas di sekolah menengah..?"

Secara spontan ustaz ini menjawab,"Tidak boleh.Dia kena bertugas di sekolah menengah.Jika dia nak bertugas di sekolah kebangsaan,dia kena dapat izin ."Saya pun mengangguk dan melihatnya tersenyum lebar,puas dengan jawapannya.Saya membalas,"Begitulah juga rasanya ustaz jika dikiaskan hal ini dengan diri ustaz dan tugas bilal yang ustaz pegang.Maafkan saya,saya hanya kadar mengingatkan.Ustaz kena melaksana tugas bilal di masjid, bukan di surau ini."Saya bangkit meninggalkannya,untuk mengelak hujahan. Dia terpinga dan memandang saya tanpa berkata apa.

Begitu sukar untuk membuat teguran dlm masyarakat kita kerana,sukar menerima teguran,berbanding orang barat.Kerap kali teguran menjadi bunga taik, menjadi punca bermasam muka dan pertengkaran.Ini menyebabkan banyak orang takut menegur kesalahan orang lain.Ayoh,beranikan lah menegur kerana kita diperintah membetulkan kesalahan, bukan mengumpat di belakang,merungut di belakang. Tegur lah dengan berhikmah.Ada jemaah yg solat bersama saya pagi itu,angkat kaki awal,bila dia tahu saya nak tegur ustaz tu, yg lain membungkam bahkan ada yg menggoyang tapak tangan tanda jangan buat.

Ok ka teguran saya?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...