TERKINI :

Friday, February 26, 2016

Apabila KPN ibarat "Ditelan mati emak, Diluah mati bapa".

Ahmad Jailani Abdul Ghani


Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, adalah rakan sekuliah saya semasa di UIAM. Bezanya, beliau dalam program LLB manakala saya pula dalam program double degree (LLB & LLB Shariah). Apabila beliau muncul di TV3 semalam, saya tertarik untuk memberi tumpuan kepada ulasannya berkenaan kes Tun Mahathir yg membuat posting mengkritik Peguam Negara.

Saya percaya beliau tersilap. Ketika ditanya oleh wartawan beliau tidak setuju dgn istilah soal siasat. Beliau sebut (lebih kurang) "Bukan soal siasat.. jangan kata macam tu... kita cuma rakam percakapan sahaja".

Mungkin beliau mempunyai maksud lain, tetapi sepanjang pengetahuan saya, merakam percakapan Tun M adalah sebahagian proses soal siasat.

Kedua, beliau nampaknya tak selesa dengan istilah soal siasat, tetapi di penghujung klip video itu beliau sendiri mengatakan bahawa oleh kerana ada banyak laporan polis terhadap Tun M, maka polis terpaksa membuat siasatan lah.

Kesimpulan saya: sukar sebenarnya bila berjawatan tinggi dan bila berhadapan dengan pemberita. Apatah lagi jikalau kita diletakkan dalam situasi "Ditelan mati emak, Diluah mati bapa".
Allah Al-Musta'an.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...