TERKINI :

Monday, February 8, 2016

Apa hukum PAKAI BAJU SANTA CLAUS & DEWA CINA..?

HUKUM PAKAI PAKAIAN SANTA CLAUS

Krismas menjelang lagi. Selain daripa bunyi mercun yang berdentum-dentam, ada lagi perkara yang kita perlu fokuskan, yakni umat Islam 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pelbagai cara. Antaranya adalah ucapan-ucapan perayaan seperti "Merry Christmas" di telefon, status facebook, SMS, dan sebagainya.

http://1.bp.blogspot.com/-FgcxrOVs_mg/VJPgGUG3YdI/AAAAAAAANtI/yT3rcfQnQ0M/s1600/TOlakTopiSanta.jpgTidak kurang juga ada yang 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pakain Santa Claus. Sungguhpun mereka tidak hingin pun meraikan syiar agama Kristian, hakikatnya mereka telahpun meraikan syiar-syiar Kristian secara tak langsung.

Contohnya pemakaian pakaian Santa Claus yang dapat kita lihat yang dipakai oleh kafe terkenal seperti Starbucks Coffee. Walaupun pekerjanya muslim, mereka dimestikan untuk memakai pakaian ala-ala Santa Claus.

Apa yang harus difokuskan, pakaian Santa Claus itu bukan sekadar pakaian semata-mata, tapi ia adalah pakaian yang terkait dengan unsur-unsur aqidah Kristian. Hal ini telahpun dibahaskan oleh seorang ulama mujtahid, Allahyarham Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Nizhomul Islam, dalam bab Hadharah Islam. Untuk memahami apakah yang dibahaskan dalam bab tersebut, mari kita tinjau peta minda di bawah supaya lebih jelas, insya Allah.

Hadharah
Adalah suatu mafahim (idea yang dianut dan mempunyai fakta) tentang kehidupan. Hadharah memang terkait secara langsung dengan aqidah, sama ada aqidah Islam atau aqidah kufur.

Contoh Hadharah Islam: menunaikan solat, menerapkan hukum-hakam Islam, dan lain-lain
Contoh Hadharah kufur: cara sembahyang orang kafir, penerapan hukum-hakam sekular, dan lain-lain

Madaniyah
Ringkasnya, kita boleh sebut sebagai benda atau alat. Secara umum, madaniyah tidak terkait dengan aqidah, kerana ia adalah benda. Contohnya, kayu, kain, teknologi, dan lain-lain. Adakah perkara tersebut terkait dengan aqidah? Tidak. Namun, madaniyah boleh terbahagi kepada dua jenis, seperti yang berikut:

Madaniyah Umum
Suatu benda yang memang tidak terkait dengan aqidah. Contohnya facebook, YouTube, blog, teknologi, dan sebagainya. Hukum menggunakannya adalah halal dan tidak ditegah dalam Islam

Madaniyah Khas
Inilah suatu benda yang terkait dengan aqidah. Walaupun ianya hanya benda, tapi ia boleh terkait dengan aqidah. Contohnya, kayu (sejenis benda) diukir menjadi salib. Ia terkait dengan aqidah kufur, maka kayu tersebut menjadi haram. Contoh lagi, pakaian seksi (sejenis benda). Ia haram dipakai di tempat awam kerana ada larangan mendedahkan aurat. Contoh lagi, pakaian Santa Claus. Walaupun ia adalah sejenis benda, ia menjadi haram kerana ia terkait dengan aqidah Kristian. Segala jenis madaniyah khas yang bertunjangkan aqidah kufur adalah haram untuk diambil dan digunapakai

Jadi, jelaslah di sini, dengan mendirikan syiar agama mereka, hukumnya adalah haram. Memanglah dengan hanya memakai pakaian Santa Claus tidak menyebabkan kita jatuh kafir, tetapi ia adalah suatu keharaman dan dikhuatiri menjatuhkan diri kita ke lembah syirik

"Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku"

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...