TERKINI :

Monday, February 1, 2016

AMANAH - Kena buang kerja, dari segi Undnag-undang apa yang harus anda lakukan..??

KES PENAMATAN KERJA ( DISMISAL ) DAN MAHKAMAH PERUSAHAAN.


1. Jika anda dipecat atau ditamatkan kerja secara tidak sah oleh majikan anda, apa yang anda kena lakukan jika anda ingin cabar pemecatan itu ?

2. Pertamanya anda perlu menulis surat representasi kepada Ketua Pengarah ( Director General ) Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh anda ditamatkan kerja. INGAT ya..60 hari..kalau tidak nanti ada masalah.

3. Selepas terima surat representasi anda itu, Pihak Ketua Pengarah akan panggil anda dan wakil majikan anda untuk berunding kes tersebut bagi diselesaikan secara damai ( biasanya rundingan akan dibuat beberap kali )

3. Ketiganya jika proses rundingan itu tidak berjaya, Ketua Pengarah akan merujuk pertikaian tersebut ke Menteri Sumber Manusia bagi sama ada merujuk kepada Mahkamah Perusahaan ( Industrial Court ) atau tidak.

5. Jika Menteri bersetuju rujuk pertikaian itu barulah anda boleh pergi ke Mahkamah Perusahaan bagi anda mendapatkan perintah supaya anda diterima semula berkerja ( reinstatement) atau dibayar pampasan sebagai ganti kepada berkerja semula. Jika tidak dirujuk, anda boleh cabar keputusan Menteri itu di Mahkamah Tinggi melalui permohonan judicial review ( semakan kehakiman ).

7.Anda boleh diwakili oleh sama ada Union ( jika ada Union ) atau peguam di Mahkamah Perusahaan.

8. Bagaimana pun, jika anda kakitangan awam proses proses di atas tidak terpakai. Bagi kakitangan awam, anda kena cabar pemecatan ada di Mahkamah Tinggi melalui semakan kehakiman.

Wallahu'alam

1.2.2016

Mohamed Hanipa Maidin
PENGERUSI KANUN
PARTI AMANAH NASIONAL

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...