TERKINI :

Thursday, February 18, 2016

Akhirnya Adik Zahid Hamidi umum ‘tutup buku’ perniagaan bab pekerja asing di Malaysia

Adam Abu Bakar | February 18, 2016

Abdul Hakim mengumumkan sudah tidak terlibat lagi dengan sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing ke negara.

abdul-hakim-hamidi_asing_600
PETALING JAYA: Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, Datuk Abdul Hakim Hamidi menegaskan untuk tidak lagi menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.

Abdul Hakim, adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga.

“Pihak keluarga telah nasihatkan saya supaya tidak lagi meneruskan apa-apa aktiviti (perniagaan) yang melibatkan kementerian terutama yang melibatkan abang saya.

“(Keputusan itu dibuat) atas nasihat keluarga kerana lebih baik kita jangan buat (sebarang) perniagaan di negara ini, kami telah tutup buku untuk perniagaan di Malaysia.

“Untuk pengetahuan, kita sudah tidak terlibat lagi dengan (sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing) semua kita dah ‘cut off’,’ katanya seperti yang dilaporkan SuaraTV.

Jelasnya lagi, tidak wajar sekiranya isu kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini dikaitkan dengan kronisme sedangkan beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut.

“Sebenarnya masalah kronisme ini tidak wajar dikaitkan dengan saya kerana saya sendiri mempunyai kelulusan dalam bidang ‘retro mekanikal’ manakala perniagaan saya difokuskan dalam bidang teknologi maklumat (IT).

“Malah sebelum Ahmad Zahid menjadi ahli politik dan kemudiannya dilantik sebagai menteri saya telahpun berada dalambidang teknikal IT ini.

“Secara kebetulan apabila beliau dilantik sebagai menteri yang menerajui Kementerian Dalam Negeri adakah tidak wajar untuk saya memberikan pandangan berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang ada?

“Apakah hanya disebabkan abang saya menjawat jawatan menteri saya perlu menutup semua pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada?, soalnya.

Abdul Hakim turut menegaskan, adalah tidak wajar beliau dihukum hanya kerana mempunyai seorang abang yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

“Saya rasa ini sudah tidak adil dan tidak demokratik, sebagai contoh andai kata abang saya merupakan seorang kapten kapal dan saya merupakan salah seorang penumpang kapal tersebut.

“Dan kebetulan kapal tersebut mengalami (masalah) senget dan bocor, apakah saya tidak lagi boleh memberikan sebarang pandangan dan pendapat hanya kerana abang saya merupakan kapten kapal tersebut.

“Apakah wajar kita membiarkan semua penumpang kapal mati sedangkan saya (berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada) tahu kaedah untuk membaikpulih masalah tersebut,” katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/18/adik-zahid-umum-tutup-buku-perniagaan-di-malaysia/#sthash.0MmK1HFU.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...