TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

AG Apandi jadikan sistem perundangan macam badut

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

KUALA LUMPUR 7 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di’badut’kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di’badut’kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas.

“Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di’badut’kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir.

Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya ‘pelaburan’ yang tidak dinyatakan

Sebaliknya, Apandi ketika membebaskan Najib dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dana itu sebagai suatu sumbangan

Sheikh Omar berkata, Apandi harus merungkai persoalan itu dan mengangkat kebenaran berikutan rakyat seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan ‘flip flop’ berhubung skandal itu.

Beliau mempersoal sama ada Apandi bakal menuruti langkah polis yang mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) bagi menyekat penggunaan media sosial untuk mengkritik Najib.

Katanya, Apandi seolah-olah mengikuti jejak langkah sama apabila mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dengan menjadikan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.

“Ia digambarkan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya,” katanya sambil mengakui rahsia dan keselamatan negara perlu dipelihara.

Namun, kata Sheikh Omar, semangat perlembagaan dan undang-undang yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi mesti menyebelahi dan menegakkan kebenaran.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...