TERKINI :

Tuesday, February 2, 2016

ADUN DAP boleh dilantik jadi MB Selangor – Aziz Bari

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalkan individu yang dipilih seorang yang berbangsa Melayu dan mendapat sokongan majoriti.

Abdul-Aziz-Bari
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, sekiranya ADUN Melayu itu tidak ada, berlakunya masalah majoriti dan pelbagai syarat lain tidak dapat dipenuhi, Sultan boleh melantik bukan Melayu sebagai Menteri Besar.

“Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan.

“Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan benda itu (pelantikan Menteri Besar). Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada ADUN.

“Seluruh negeri Melayu begitu, sembilan negeri Melayu bukan di Selangor sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang menyatakan jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di Selangor.

Md Shukri dalam laporan di akhbar Sinar Harian, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Md Shukri dan menyifatkan ia merupakan satu komen yang rasis.

“Saya fikir ini nampak sangat satu komen yang tak masuk akal. Komen rasis, komen politik bukan komen yang sepatunya keluar datang daripada mulut akademik,” tegasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...