TERKINI :

Tuesday, February 2, 2016

Adakah MUKHRIZ akan dipecat dari UMNO..??

Mukhriz akan dipecat hari ini?

PETALING JAYA: UMNO dijangka memecat Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari parti kerana ingkar keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang bersetuju dengan pertukaran beliau sebagai Menteri Besar Kedah, Jumaat lalu.

mukhriz_mykmu_kedah_600 

Perkara itu dinyatakan laman blog pro UMNO, MYKMU.NET menerusi satu artikel yang ditulis, UMNO sebagai parti yang mendapat kerusi terbanyak dalam Barisan Nasional (BN) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berhak menentukan pelantikan Menteri Besar.

Keengganan Mukhriz melepaskan jawatan walaupun telah diarah oleh parti dan diperkenan oleh Istana boleh menimbulkan krisis Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, penulis artikel itu tidak pasti sama ada upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baharu menggantikan Mukhriz akan dilakukan hari ini.

Perkara lain yang turut tidak dapat dipastikan adalah sama ada BN perlu mengemukakan undi tidak percaya di DUN Kedah atau Jemaah Pemangku Sultan boleh melantik Menteri Besar baru tanpa melalui sidang DUN.

Ini kerana, penulis artikel itu berkata, Jemaah Pemangku Sultan mempunyai 19 akuan bersumpah ADUN Kedah yang telah hilang kepercayaan kepada beliau. 19 merupakan majoriti mudah dalam DUN Kedah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...