TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

5 remaja sesat di Gunung Baling selamat

BALING - Lima remaja lelaki yang sesat di Gunung Baling, di sini kira-kira 2.50 petang tadi ditemukan selamat kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba, selepas membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Sufian Alias berkata pihaknya tiba pada 3.15 petang selepas menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang melaporkan bahawa mereka sesat di atas gunung itu.

Mohd Sufian berkata kesemua mangsa ditemukan selamat pada 5.15 petang selepas beberapa anggota bomba dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dan orang awam dikerahkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kesemua mangsa yang selamat berusia 23 tahun dikenali sebagai Mohd Asyraf Borhan, Amir Muzakir Rosli, Mohd Farhan Ahmad, Syafie Yusof dan Mohd Zaim Afifi Syamsudin. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...