TERKINI :

Sunday, February 14, 2016

1MDB punya pasal, Lima institusi negara dijinakkan – Husam

husam,1mdb
PETALING JAYA:Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa beberapa institusi di negara ini telah berjaya dijinak dan ditewaskan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara institusi itu dakwa beliau ialah Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Bank Negara dan Peguam Negara.

“Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri daripada jerutan korupsi skala besar daripada puncak kuasa.

“Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Husam turut mempersoalkan institusi apakah lagi yang mampu menyelamatkan negara daripada pemimpin yang tidak tersentuh oleh keluhuran undang-undang negara.

Beliau berkata, satu-satunya institusi yang tinggal pada masa ini dan boleh diharaapkan adalah Majlis Raja-Raja.

“Bolehkah Majlis Raja-Raja menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang?

“Kemudian Majlis Raja-Raja membentuk satu panel untuk menyembahkan pandangan dan nasihat samada terdapat prima facie atau tidak berdasarkan kertas laporan siasatan itu.

“Jika ia berlaku, ia akan menunjukkan Raja-Raja muncul menjadi titik terakhir rakyat menaruh harapan mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...