TERKINI :

Monday, January 11, 2016

UMNO & PAS adalah parti MELAYU tetapi kenapa tidak dijaga MARUAH MELAYU..???


abuhassanadam

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/pas_umno_malaysia_600.jpg

Samada pemimpin UMNO atau PAS, di mana-mana saja mereka pasti menyatakan bahawa parti mereka adalah parti yang mewakili orang Melayu. Memperjuangkan nasib orang Melayu. Memelihara maruah orang Melayu. Akan mempertahankan Melayu sehingga ke titisan darah terakhir. Akan sentiasa mengingati kata-kata Hang Tuah, ‘tak akan Melayu hilang didunia’( tak tahulah aku samada pernah Hang Tuah berkata begitu).

Nama Melayu akan dijaja dan kadang-kadang semacam ‘’dilelong’ oleh dua parti politik ini. Mereka menggunakan nama Melayu sekiranya mereka dalam keadaan ‘tersepit’. Mereka menggunakan nama Melayu sebagai ‘talian hayat’ untuk melepaskan diri apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut, khsuusnya kemelut politik. Samada UMNO atau PAS, itulah cara dan tektik yang digunakan oleh pemimpin dan ahli-ahlinya.

PAS ‘maju’ selangkah lagi dengan menggunakan alasan agama Islam sebagai cara untuk ‘mengahalalkan’ sesuatu tindakan yang meragukan. Suatu ketika dahulu PAS menimbulkan isu ‘kafir mengkafir’ tetapi kini seolah-olah sudah berubah kepada ‘halal-menghalal’. Pemimpin PAS tidak pernah menyuarakan dengan tegas tentang penentangannya terhadap kegiatan rasuah yang bermaharaja lela yang dilakukan oleh para pemimpin kini. Malah dalam hal yang berkaitan dengan IMDB PAS semacam tidak berani langsung menyuarakan tentangan terhadap RM 2.6 billion yang tersimpan dalam akaun DS Mohd Najib.

Siang-malam dan pagi-petang pemimpin UMNO dan PAS ‘berbuih mulut’ menyuarakan hasrat yang konnnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Tetapi dalam masa yang sama golongan pemimpin yang sebegini juga nampaknya yang memalitkan arang di muka orang Melayu. Golongan ini merasakan bahawa mereka telah dapat ‘menipu’ dan menyembunyikan kegiatan mereka yang amat memalukan bangsa Melayu.

Jangan dipersalahkan kaum Cina atau India atau golongan bukan Melayu lain sekiranya mereka memandang rendah dan kadang-kadang ‘jijik’ dengan perangai orang Melayu. Golongan bukan Melayu tahu golongan orang Melayu yang macam mana yang harus dan patut dihormati. Mereka tahu bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang berbudi mulia dan mereka faham benar dengan hal yang sebegini. Mereka juga tahu bahawa yang merosakkan imej Melayu adalah setengah pemimpin Melayu yang langsung tidak mempedulikan hal menjaga maruah orang Melayu.

Setengah pemimpin Melayu samada dalam parti-parti politik tertentu ataupun yang memgang jawatan penting dalam kerajaan semacam sudah hilang maruah dan amat tidak bertanggungjawab dalam urusan mereka memlihara kedaulatan negara dan rakyat. Rakyat sedar bahawa golongan ini menjalankan ‘tugas’ mereka bukan demi melindungi kepentingan rakyat tetapi melindungi golongan tertentu. Rakyat tahu dan sedar bahawa keadaan sebegini berlaku. Namun rakyat sedar juga bahawa rakyat terbanyak tidak dapat melakukan sesuatu kerana kuasa dan pengaruh adalah di tangan golongan sedemikian.

Dalam sejarah perkembangan orang Melayu yang menyentuh tentang soal adab dan tata susila, aku merasakan bahawa awal krurun ke 21 lah merupakan satu perubahan besar dari segi adab dan tata susila bangsa yang bernama Melayu. Aku tidak membuat kajian terpernci mengenai hal ini tetapi melaui pembacaan dan renungan terhadap beberapa peristiwa sejarah bermula daripada tulisan Abdullah Munshi, Syed Sheikh Al Hadi, sampailah ke tulisan dan coretan Abdul Rahim Kajai, Keris Mas, Usman Awang, maka dapat aku simpulkan bahawa tidak pernah wujud dalam sejarah adanya pemimpin Melayu yang betul-betul sanggup ‘berpaut’ dan mengamalkan peribahasa ‘biarkan anjing menyalak bukit’ dengan sepenuh hati.

Aku maksudkan begini. Tidak pernah ada lagi pemimpin Melayu ‘sehebat’ ini yang sanggup ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ terhadap apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap perbuatan terkutuk mereka. Belum pernah. Golongan pemimpin yang sebegini sudah melupakan asal usul mereka sebagai orang Melayu yang bersopan santun dan yang merasa amat terhina sekiranya tindakan mereka ditempelak, dicaci dan dihina.

Dan yang paling menyedihkan kita ialah bahawa pemimpin kita yang berperangai ‘buruk’ sedemikian adalah dari golongan Melayu yang beragama Islam. Apakah mereka tidak merasa malu dan terhina mengenangkan tentang adanya pemimpin bukan Islam yang sanggup melepaskan jawatan disebabkan kritikan yang dilemparkan terhadap mereka. Demi menjaga maruah mereka sanggup meletakkan jawatan mereka. Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh para menteri dari Australia baru-baru ini adalah suatu tindakan terpuji.

Dan apakah pemipin kita yang kononnya berbangsa Melayu yang penuh bersopan santun dan mengamalkan agama Islam sanggup terus menerus membiarkan diri mereka ditempelak dan dicaci rakyat. Dan aku amat malu dengan kaum bukan Melayu yang secara sinis memperkatakan tentang ‘kehebatan’ pemimpin yang berbangsa Melayu.

Aku malu kerana aku sedar bahawa asal usul aku adalah Melayu walaupun aku tidak pernah memusuhi kaum lain yang sama-sama menetap di negara tercinta ini. Aku sentiasa mengharapkan agar negara ini dapat dibangun dan dimajukan bersama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...