TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Tuntut wang dari 1MDB sebelum rakyat marah – Rafizi

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) perlu menuntut 1MDB membayar semula baki tertunggak dari terbitan sukuk dengan serta-merta.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kegagalan Tabung Haji dan KWAP menuntut baki itu akan membangkitkan kemarahan rakyat dan menjatuhkan lagi kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, mengesahkan bahawa Tabung Haji telah melanggan sebanyak RM920.8 juta dari terbitan sukuk oleh 1MDB.

Manakala, baki selebihnya dipercayai dilanggani oleh KWAP sebanyak RM579.2 juta.

Ini bermakna, kata Rafizi, terbitan sukuk 1MDB berkaitan Bandar Malaysia setakat ini telah mencecah RM1.5 bilion yang diberikan oleh Tabung Haji dan KWAP kepada 1MDB.

“Mengambil kira segala pendedahan saya setakat ini tentang bagaimana dana dari sukuk ini tidak digunakan sepenuhnya untuk membiayai kos memindahkan dan menaiktaraf pengkalan-pengkalan tentera udara, saya mendesak supaya Tabung Haji dan KWAP menggunakan haknya mengikut perjanjian untuk menuntut 1MDB membayar kembali semua baki tertunggak dari terbitan sukuk ini secara serta-merta,” katanya.

Baru-baru ini, Rafizi mendedahkan 1MDB memperoleh RM2.4 billion hasil terbitan sukuk dan geran kerajaan Pusat lebih RM1 bilion untuk menaik taraf dan memindahkan pangkalan udara di Sungai Besi.

Rafizi mendakwa, 1MDB hanya menggunakan RM800 juta untuk membayar kontraktor bagi projek itu dan bakinya tidak diketahui.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...