TERKINI :

Wednesday, January 27, 2016

TPPA: Tok Pa lega, Wan Azizah kecewa

Mustapa_talk
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan rasa lega apabila Dewan Rakyat meluluskan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menurutnya, membawa usul TPPA ke Dewan Rakyat merupakan cabaran terbesar sepanjang kerjaya politiknya.

“Ini merupakan cabaran paling getir saya. Dengan sokongan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli Kabinet. Ini bukan ‘one man show’, ini ‘collective effort’,” katanya dalam sidang media di Parlimen, sejurus usul diluluskan, hari ini.

Dewan Rakyat meluluskan usul kontroversi itu melalui undi belah bahagi. Seramai 127 Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut dan 84 menolak. Difahamkan seramai 11 wakil rakyat tidak melibatkan diri dalam pengundian itu.

Perkara sebaliknya dirasai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wakil rakyat pembangkang adalah seramai 89 orang, manakala blok pemerintah 133 orang.

“Sudah tentu kita tidak mempunyai majoriti untuk mengalahkan TPPA. Anehnya Amerika Syarikat sendiri masih ragu-ragu dan kita pula tergesa-gesa untuk menandatanganinya,” ujarnya.

Blok pembangkang akan terus menyatakan bantahan terhadap beberapa usul (retifikasi) yang secara teknikal memudaratkan rakyat.

“Walaupun itu teknikal tetapi ia mesti tepat,” kata Wan Azizah.

“Apa yang kita buat adalah untuk negara dan kita harap dalam dua tahun atau mungkin empat tahun akan diadakan ruang untuk retifikasi ini. Kita akan teruskan,” ujarnya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...