TERKINI :

Friday, January 8, 2016

Teng jelaskan kenyataannya mengenai AMANAH disalah lapor oleh SINAR HARIAN

Ahli Exco Kanan Kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Kim menafikan beliau telah membidas Parti Amanah Negara (AMANAH) berhubung agihan kerusi majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Satu laporan akhbar yang memetik beliau sebagai berkata AMANAH perlu bersyukur kerana diberi lapan kerusi PBT, jelas Teng, telah "disensasi dan disalah lapor".

Dalam catatan di Facebook malam tadi, Teng berkata jawapannya adalah untuk menggesa AMANAH menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan buat masa ini oleh kerajaan negeri.

Katanya, pemintaan mereka untuk mendapatkan lebih banyak kerusi boleh dibincangkan pada penggal akan datang kerana tidak cukup masa untuk berbincang mengenainya sekarang.

Katanya, beliau menjawab dengan tenang dan diplomatik, dan bukan menjawabnya secara yang keras atau agresif.

Teng berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian dengan tajuk "Amanah patut bersyukur dapat lapan kerusi".

Laporan itu memetik Teng sebagai berkata, kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai masa untuk melayan ketidakpuasan AMANAH berhubung agihan kerusi PBT.

Laporan itu turut memetik Teng berkata kerajaan negeri tidak akan tergugat jika AMANAH enggan menerima lapan kerusi PBT yang diperuntukkan itu.

AMANAH telah diperuntukkan lapan kerusi PBT pada hari Rabu, tetapi pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dipetik sebagai berkata parti itu belum membuat keputusan sama ada untuk menerima kerusi itu atau tidak.

Parti itu telah meminta 24 daripada 288 kerusi di semua PBT di Selangor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...