TERKINI :

Wednesday, January 6, 2016

TAHNIAH RAKYAT PAHANG.. baru kami tahu hangpa seronok tengok merah sana merah sini dalam negeri hangpa..!!

Rakyat Pahang mahu teruskan perlombongan bauksit

Adnan Yaakob
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa terdapat rakyat negeri itu yang mahu industri perlombongan bauksit diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, tiada pampasan dituntut oleh rakyat Pahang kepada kerajaan negeri seperti disarankan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

"Bauksit tiada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang. Rakyat Kuantan tidak minta (pampasan), kita tahu apa yang kita buat.

"Hendak minta (pampasan) apa dia? Awak (wartawan) tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris menggesa Kerajaan Negeri Pahang memberi pampasan kepada nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu bauksit yang berlarutan sehingga menyebabkan kematian, Adnan berkata, beliau akan bertanggungjawab.

"Itu saya uruskan, tak apa, saya tahu apa perlu dibuat. Saya, Menteri Besar Pahang kena mencontohi Raja, rapat dengan rakyat.

"Kalau tak, tak menang pilihan raya," katanya.

Beliau juga menasihatkan rakyat Pahang supaya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian masalah pencemaran akibat perlombongan bauksit.

"Jumpa saya, kalau ada masalah jumpa menteri besar. Saya tidak bergurau, saya mahu tahu (masalah).

"Nasihat saya kepada rakyat, kekal bertenang kerana kita sedang usahakan apa yang termampu. Saya terbuka dengan sebarang pendapat dan semuanya akan dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai moratorium selama tiga bulan dikenakan terhadap aktiviti perlombongan bauksit, Adnan berkata, ia akan membolehkan syarikat perlombongan mendapat keuntungan lebih.

"Apabila bekalan kurang, harga akan naik. Ini satu rahmat kepada syarikat perlombongan dan kalau saya jadi mereka, saya akan 'nikmati' tempoh moratorium ini," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...