TERKINI :

Saturday, January 9, 2016

Sudah Kritikal Dah Nie.. Siswa kelaparan, 300 bungkus habis tidak sampai 10 minit -

Pelajar yang memerlukan makanan percuma, anjuran Food for Mahasiswa (FFM), berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. FFM membuka gerai tiga hari dari Selasa hingga Khamis mulai 8 malam kecuali hujung semester, selama lima hari bekerja. ��
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Masalah kelaparan di kampus-kampus tempatan makin serius. Ramai pelajar dilaporkan tidak makan kerana masalah kewangan.

Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”


Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).

Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.

Bermula dengan agihan 100 pek makanan, kini di Kompleks Pusanika dan Kolej Keris Mas, gerai FFM diserbu pelajar. Mereka sanggup beratur panjang mendapatkan makanan setiap kali dibuka untuk agihan.

“Kami rasa tidak seronok tengok kawan-kawan dan pelajar yang lain dalam kelaparan. Kami duduk bersama dan keluar idea spontan untuk membantu mereka dengan cara yang terbaik.

“Ada yang suruh kumpul duit, tapi masalahnya kita pun tidak cukup duit. Kemudian terfikir, kenapa tidak kita bagi mereka makan?

“Kalau bagi makanan, mereka tidak rasa segan hendak terima, berbanding [terima] duit,” kata Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi, pengasas bersama FFM, kepada ProjekMMO semalam.

Beliau berkata gerai makanan percuma FFM dibuka tiga hari seminggu, Selasa hingga Khamis semasa musim awal semester.


Menjelang musim peperiksaan hingga akhir semester, yang dianggap lebih genting kerana pelajar mula kekeringan wang, FFM dibuka setiap hari bekerja mulai jam 8 malam.

“Kalau hari biasa kita sediakan makanan 250 pek. Tetapi apabila musim kritikal, ketika pelajar semakin kehabisan wang saku hujung semester, kami akan sediakan 300 hingga 350 pek makanan.

“Kebiasaannya nasi ayam kicap, ayam masak merah, atau nasi lemak ayam. Makanan rujinya nasi kerana kami juga mahu rakan-rakan mendapat khasiat agar dapat belajar,” katanya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/siswa-kelaparan-300-bungkus-habis-tidak-sampai-10-minit#sthash.Kr4FJrbU.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...