TERKINI :

Wednesday, January 27, 2016

SPRM habiskan 7 bulan & korban cuti raya untuk siasat kes Najib, akhirnya AG 'bungkus' macam tu aja..!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan tujuh bulan untuk menyiasat kes membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam mengarahkan supaya kes itu ditutup kerana tiada alasan bagi memulakan pendakwaan.

Selepas menghadapi pelbagai halangan malah mengorbankan cuti Hari Raya, penyiasat yang bekerja siang malam kini berasa kecewa atas perkembangan terbaru itu, dedah sumber.

"Kami bekerja sepanjang bulan puasa, bahkan berbuka puasa dan bersahur di pejabat untuk jalankan siasatan.

"Kami tak balik ke rumah bertemu keluarga dan ramai antara kami mengorbankan cuti raya pada tahun lepas untuk siasat kes ini," kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan.

Sumber itu menegaskan SPRM menyiasat kes itu secara bebas, dengan hanya menumpukan kepada fakta. Bahkan pegawai-pegawai SPRM juga terpaksa berhadapan dengan tekanan pihak polis yang menyiasat mereka berhubung dokumen yang bocor.

Ini termasuk apabila rumah dan pejabat bekas Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi diserbu anggota cawangan khas.

Dua pegawai kanan iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob Zin turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Namun keputusan itu dibatalkan selepas mendapat kritikan.

Keadaan itu bertambah buruk hingga SPRM mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dan perlindungan.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya mengarahkan supaya kertas siasatan kes tersebut ditutup.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...