TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Siapakah PEMILIK sebenar TEAM BOLASEPAK..?????


Muhamad Mat Yakim


Terkait dengan polemik Dato Vida, Qu Puteh dan TRW yang berkait isu tukar jersi merah jambu, Vincent Tan kuasai Cardiff City sebagai pemilik, maknanya kelab itu dia yang punya.

Vincent Tan bukan sekadar penaja tetapi TUAN PUNYA tapi apabila dia nak tukar jersi Cardiff yang selama ini dikenali sebagai Bluebird, daripada biru kepada merah dengan nama julukan baru Red Dragon, betapa marah peminat peminat bola sepak British pada dia.

Ertinya, bola sepak ada nilai sentimen bagi masyarakat, walaupun kelab atau pasukan boleh jadi hak individu tetapi PEMILIK SEBENAR adalah masyarakat, peminat atau penyokong.

Dengan ini tuan punya yang individu itu tetap tak boleh buat sesuka hati!

Sebagai peniaga, Dato Vida ada hak nak mintak, untuk publisiti, lebih kontroversi, lebih publisiti dia dapat, pengiklanan tanpa bayaran menerusi publisiti yang datang sendiri, itulah sebabnya dia seperti mahu cetuskan semula konflik apabila menyanggah kenyataan TS Annuar Musa mengenai warna jersi.

Lebih lama isu berkumandang, lebih lama nama dia dan bisnesnya terpampang. Itu yang dia mahukan!

Yang tidak cekap, tidak tuntas dalam pentadbiran adalah FAM yang seharusnya sediakan guide line dan syarat limitasi penajaan sedari awal.

Pasukan yang terdesak utk biaya terutama berkaitan soal gaji dsb akan setuju sahaja. Ini penting untuk survival dan menyambung nyawa tetapi identiti pasukan, warna jersi, apa lagi pasukan yang mewakili negeri sebagai simbol semangat, perpaduan, dan kedaulatan, mana mungkin berubah identitinya!

Apabila berlaku konflik dalam isu-isu yang seperti ini, hak harus dipulangkan kepada PEMILIK YANG SEBENAR iaitu penyokong/ peminat. Sedangkan Vincent Tan yang habis berjuta pound utk beli kelab Cardiff pun kena belasah!

Misalnya jersi Selangor, The Red Giants, yang lagunya pun ada sebut MERAH KUNING mana mungkin ditukar warna hanya kerana diumpan dengan wang beberapa juta!

Ini masalah kalau pasukan tidak punya kewangan yang kukuh. Salah FAM la jugak, kalau bagi hak penyiaran kepada tim, bukankah tidak berlaku masalah seperti ini dan maruah pasukan pun boleh diangkat lebih tinggi!

Wallahua'lam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...