TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

Sedih Bila Tengok 2 Anggota Tentera Di Perlakukan Seperti Penjenayah....


Berikutan insiden 2 anggota tentera (rajimen sempadan) menembak mati seorang penyeludup yang cuba merempuh sekatan jalan raya yang di buat oleh anggota tentera di sempadan malaysia-thai...

Fahamnya aku semalam, 2 anggota tentera itu hanya di panggil untuk beri keterangan...

Tak sangka pulak sampai jadi macam nie...

Kenapa perlu sampai nak masuk lokap bagai...?

Tentera menjalankan tugas mereka seperti yang berikan...

Kalau nak buat siasatan pon cukup la dengan memanggil kedua anggota itu pergi kebalai polis...

Kenapa perlu nak di tahan reman dan pakaikan mereka dengan baju lokap...

Atau pun cara terbaik ialah kedua-dua anggota itu di kenakan CB (Confined Barrack) tahanan dalam berek, yang mana pihak polis boleh bila-bila masa pergi ke kem tentera untuk membuat siasatan...

Sedih pun ada, malu pun ada bila melihat 2 anggota tentera yang menjaga sempadan dari di bolosi oleh penyeludup di perlakukan sedemikian, seolah-olah mereka melakukan satu kesalahan jenayah...

Ada orang kata ini adalah SOP polis, tapi takanlah dengan pasukan sahabat pon nak di kenakan pakaian lokap, bergari bagai, mereka hanya bertugas mempertahankan kedaulatan negara...



No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...