TERKINI :

Thursday, January 14, 2016

RAKYAT susah kerana RASUAH, PENYELEWENGAN PEMERINTAH

KENYATAAN MEDIA


RAKYAT SUSAH KERANA RASUAH, PENYELEWENGAN PEMERINTAH
www.amanah.org.my

Keadaan ekonomi negara ketika ini begitu meruncing dan bakal memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat.

Terdapat dua faktor yang menjadi penyebab utama kepada keadaan ini. Pertama adalah disebabkan penyelewengan pembaziran, rasuah dan ketirisan pentadbiran kerajan Umno BN.

Hal ini perlu dibongkar dan didedah kepada masyarakat oleh ahli dan pimpinan AMANAH, NGO dan rakan-rakan parti Pakatan Harapan bahawa akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.

Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini.

Faktor kedua adalah akibat daripada turunnya harga minyak di pasaran antarabangsa yang turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.


Bagaimanapun, tumpuan utama kita adalah ketirisan, pemborosan yang dilakukan oleh pemerintah.

Biro Kebajikan AMANAH yang diketuai oleh Ustaz Hasanudin Yunus, mesti digemblengkan, dan disokong bersama untuk membongkar segala bentuk penyelewengan akibat daripada kebobrokan pemerintahan dalam negara ini.

Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan dan berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan yang berlaku.

Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik, Larut dan seumpamanya, hendaklah terus dibantu sekadar yang termampu, kerana kita badan politik yang tidak memerintah.

Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja.

"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
14 Januari 2016
03 Rabi'ul Akhir 1437H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...