TERKINI :

Tuesday, January 19, 2016

Rafizi desak TH, KWAP henti penjualan Bandar Malaysia

 rafizi
PETALING JAYA : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan memfailkan usul di Parlimen pada Mac ini bagi memberi tekanan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) supaya menghentikan penjualan Bandar Malaysia.

Katanya, beliau akan menulis surat kepada pengurusan TH dan KWAP bagi memastikan 1MDB menghentikan jualan 60 peratus Bandar Malaysia kepada Konsortium Iskandar Malaysia Holdings-China Railway Engineering Corp (IWH-CREC).

“Urus niaga ini melibatkan keselamatan dan pertahanan negara kerana ia akan memberi kesan kepada pergerakan dan menaik taraf pangkalan tentera udara di seluruh negara.

“Memandangkan penjualan 60 peratus kepentingan 1MDB di Bandar Malaysia tertakluk kepada kelulusan TH dan KWAP, saya akan mengambil tindakan ini (untuk menghentikan jualan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan 1MDB semalam bahawa pemindahan saham kepada konsortium IWH-CREC tertakluk kepada kelulusan pemegang sukuk iaitu TH dan KWAP.

Menurut Rafizi, TH dan KWAP telah meminjamkan RM1.5 bilion kepada 1MDB dalam membantu firma itu untuk memindah dan menaik taraf lapan pangkalan tentera di Bandar Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi).

“Sekarang wang itu telah hilang, 1MDB masih dalam hutang dan mereka perlu menyelesaikan liabiliti kewangan mereka dalam menempatkan semua kerja-kerja yang melibatkan kos RM1.9 bilion.

“1MDB terpaksa menjual 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia untuk mengurangkan hutang lain.

“Tetapi sehingga kini tidak ada kesimpulan mengenai siapa yang akan membayar balik RM1.5 bilion hutang 1MDB kepada TH dan KWAP.

“Oleh kerana 1MDB menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset negara, saya percaya TH dan KWAP perlu menuntut semula hutang RM1.5 bilion segera bagi menyelamatkan simpanan orang ramai,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...