TERKINI :

Sunday, January 24, 2016

Protes TPPA: AMANAH & Pakatan Harapan Di Landasan Betul Lawan UMNO BN



ULASAN GB

AMANAH bersama Pakatan Harapan berada di landasan yang betul selama ini tatkala menentang dasar-dasar pemerintahan rejim Najib dan UMNO-BN.AMANAH sentiasa "istiqamah" di dalam penentangannya samada di parlimen (seperti menentang Bajet 2016 dan isu plakad Mana Derma RM2.6 Bilion) atau di "demonstrasi jalanraya" seperti penyertaannya di dAlam BERSIH 4.0 dan protes TPPA hari ini).

PAS yang sebelum ini mengumumkan kerjasamanya dengan UMNO tiba-tiba hari ini muncul dengan baju hijaunya menyertai demonstrasi protes TPPA walaupun sebelum ini Presiden PAS menyatakan bahawa "jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan.

Dan lebih teruk apabila Presiden PAS menyerlahkan sifat perkauman yang tebalnya apabila menyelar DAP mahu TPPA kerana orang Cina kuasai perdagangan.

Ia telah dijawab oleh Tony Pua bahawa yang mencadang dan menyokong TPPA itu ialah kawan karib PAS iaitu UMNO, apakah UMNO itu orang Cina?

Walaupun DAP tidak mengerahkan ahli-ahlinya ke perhimpunan hari ini, namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga telah turut membuat kenyataan sebelum ini bhahawa DAP bersama Pakatan Harapan menentang TPPA.

Selain itu, PAS juga masih menyerlahkan dan mengamalkan sifat buruknya apabila mereka mengeboo AMANAH pada petang tadi sewaktu Tian Chua menyebut nama AMANAH. Tindakan memboo itu adalah "trade mark" buruk perangai PAS yang terikut-ikut dengan perangai dan sikap UMNO terhadap seseuatu yang tidak disukainya - sama seperti mereka lakukan ke atas kumpulan progresif di dalam muktamar-muktamarnya sebelum ini.

Sekarang hukum kebenaran dan keadilan terdedah, PAS akhirnya terpaksa turun juga ke jalanraya, terpaksa ikut Pakatan Harapan dan tinggalkan UMNO untuk melakukan demo terhadap kerajaan UMNO BN. Semua menyaksikan gelagat mereka, mereka tiba-tiba keluar beramai-ramai untuk menjuarai perhimpunan dan menjilat semula kata-kata mereka sebelum ini kononnya demonstrasi jalanan itu adalah "yoya-yoya" dan langkah politik tidak matang,

Yang pentingnya kini, Amanah bersama Pakatan Harapan perlu teruskan perjuangan menentang UMNO BN dengan atau tanpa kehadiran PAS. Akhirnya nanti PAS akan mengikut kita.
 
 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...