TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Polis Kedah atur kekuatan anggota di lokasi tumpuan

ALOR SETAR: Polis Kedah akan menyusun semula kekuatan anggotanya di tempat tumpuan di negeri ini, khususnya di pusat pelancongan Langkawi bagi memastikan ia selamat daripada ancaman militan IS. 

Ketuanya, Datuk Zamri Yahya, berkata kawalan keselamatan juga diperketatkan bagi memantau individu mencurigakan di tempat tumpuan ramai. "Sehingga kini kita tiada maklumat khusus berhubung kawasan 'panas' di Kedah, namun berdasarkan trend di Indonesia (letupan bom di Jakarta), ia terletak di tempat tumpuan ramai termasuk pelancong Barat. 

"Kami akan susun semula anggota di tempat tumpuan pelancong di Alor Setar dan Langkawi khususnya, selain beberapa lokasi lain," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. Zamri berkata, kawalan di sempadan turut dititikberatkan, terutama di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu dan Durian Burung di Padang Terap dengan melakukan saringan lebih ketat, khususnya terhadap warga asing. 

"Kami juga berkongsi maklumat dengan polis Thailand jika ada penyusupan individu mencurigakan dari sana ke negara ini melalui dua pintu masuk di Kedah," katanya yang turut meminta kerjasama orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat kehadiran orang mencurigakan di kawasan mereka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...