TERKINI :

Thursday, January 14, 2016

Pokok Sena - Ayaq dah tak dak 2 minggu dah MB oiii....!

Beli air minum, basuh guna perigi
Wartawan Sinar Harian

POKOK SENA - Ketiadaan bekalan air yang dialami di empat kawasan di sini sejak dua minggu lalu menyebabkan penduduk terpaksa membeli air untuk diminum di kedai.

Empat kawasan yang terlibat adalah Batu 17, Jalan Naka, Kampung Bendang Lanjut, Kampung Charok Kelubi dan Kampung Padang Siput.

Penduduk, Husin Abdullah, 70, berkata, ketiadaan bekalan air mengganggu aktiviti harian penduduk malah mereka terpaksa membeli air minuman di kedai.

“Masalah ini memang membebankan kami, malah ada penduduk terpaksa guna perigi usang untuk membasuh walaupun airnya berwarna kemerahan.

"Kami juga terpaksa bawa pakaian untuk dibasuh ke rumah saudara terdekat. Walaupun sebelum ini pernah berlaku masalah bekalan air, tapi tak adalah lama macam ni,” katanya.

Penternak puyuh, Mohd Nasir Mahmud, 49, pula berkata, masalah yang dihadapi ini menyebabkan penduduk di situ terpaksa mencari pelbagai sumber air.

Jelasnya, penduduk juga pernah membuat aduan pada Syarikat Air Daru Aman Sdn Bhd (Sada) dan pihak berkenaan telah memaklumkan masalah itu akan diselesaikan pada Ahad lalu.

"Tapi sampai sekarang masalah tak selesai, puyuh yang saya ternak mati setiap hari. Ini menyebabkan saya kerugian.

“Keadaan cuaca yang panas seperti hari ini menyebabkan pertumbuhan ternakan saya terjejas akibat ketiadaan air sejak dua minggu lalu,” katanya. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, masalah itu berlaku kerana pihaknya telah mengadakan sistem agihan air di kawasan baharu.

Beliau berharap orang ramai terutamanya di kawasan berkenaan dapat bersabar kerana Sada sentiasa menaik taraf bekalan air dan masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...