TERKINI :

Monday, January 18, 2016

PKR pertahan prinsip satu lawan satu

SEPANG – PKR Selangor akan mempertahankan prinsip satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang, walaupun Pas menyatakan kesediaan untuk menentang DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam saingan tiga penjuru.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, prinsip satu lawan satu akan dipertahankan bagi tujuan menumbangkan pimpinan Umno dan BN.

“Di Selangor kita menghormati pandangan semua pihak dan kita memimpin untuk membuktikan bahawa kita boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan parti politik yang mempunyai keyakinan melakukan agenda reformasi.

“Kita ada proses rundingan dan perbincangan kerana kita mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin enggan mengulas panjang mengenai kesediaan rakan politiknya bertanding dalam saingan tiga penjuru kerana berpendapat pilihan raya umum masih jauh dan belum diketahui lagi tarikhnya.

Katanya, fokus PKR adalah memantapkan pentadbiran bersama pimpinan negeri yang lain untuk membangunkan negeri.

“Tanggungjawab saya dan pimpinan negeri ialah memberi tumpuan pada soal pembangunan bagi memastikan sistem perkhidmatan benar-benar efektif dan sampai kepada rakyat,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...