TERKINI :

Tuesday, January 19, 2016

Pimpinan PKR hadir program Amanah ibarat sanggah Pas

KOTA BHARU - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang‎ menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan dianggap menyanggah kepentingan Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PKR adalah rakan politik (tahaluf siyasi) kepada Pas dan Kelantan adalah negeri yang diperintah Pas  manakala program anjuran Amanah adalah untuk menghentam Pas.   

"Jadi mana-mana pimpinan PKR yang hadir dalam program anjuran Amanah jadi ia dianggap satu tindakan yang menyanggah kepentingan Pas," katanya kepada  pemberita di sini hari ini.   

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata pemimpin PKR‎ sebelum ini membuat perakuan untuk bersama Pas Kelantan namun akuan itu tidak dipenuhi apabila ada pemimpin PKR menghadiri beberapa majlis anjuran Amanah.    

Ditanya mengenai kehadiran pemimpin PKR dalam program anjuran Amanah di negeri lain, Takiyuddin berkata isu itu hanya relevan bagi negeri Kelantan yang diperintah Pas. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...