TERKINI :

Sunday, January 24, 2016

Peminat bimbang Mukhriz tinggalkan KFA

http://assets.bharian.com.my/images/articles/mukhrkfa.transformed.jpg
Para peminat bola sepak bimbang dengan keadaan konflik politik semasa negeri itu kerana risau sekiranya ia memberi kesan kepada pasukan Kedah, memandangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan Datuk Mukhriz Mahathir yang membawa perubahan besar kepada pasukan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Aminuddin Omar, beliau setiap hari menerima panggilan serta mesej bertalu-talu daripada para peminat bola sepak negeri itu terutamanya anak muda yang bimbang dengan senario politik semasa.

“Semua orang tahu betapa dalam masa hanya 2 tahun selepas mengambil alih KFA, Lang Merah dahulunya longlai kini bergelar juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia.

“Dalam tahun pertama mengambil alih pasukan pada 2014, Lang Merah berada di tempat ke-4 Liga Perdana sebelum menjuarainya pada tahun lalu dan layak ke final Piala Malaysia untuk meraih gelaran naib juara.

“Siapa boleh menafikan semua itu jasa Mukhriz? Pemain pelapis kita dan jurulatih turut dihantar untuk menuntut ilmu di luar negara bagi memperkasa pasukan. Justeru, tidak hairan sekiranya banyak piihak bimbang mengenai masa depan bola sepak Kedah sekiranya Mukhriz tidak lagi menerajui KFA,” katanya.

Katanya, sikap Mukhriz yang tidak kisah untuk bersama-sama pemain dan peminat pada setiap ketika merupakan antara faktor yang membawa kepada kejayaan pasukan itu.

“Jika Mukhriz disingkirkan, saya yakin kedua-duanya iaitu pemain dan peminat akan berasa kehilangan yang cukup besar sehingga memberi kesan tidak baik kepada KFA sendiri,” katanya. – 24 Januari, 2016. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peminat-bimbang-mukhriz-tinggalkan-kfa-lapor-akhbar#sthash.3RKvJIX7.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...