TERKINI :

Friday, January 15, 2016

Pembunuh Altantuya mahu mohon pengampunan Sultan Selangor

Sultan of Selangor
SERI KEMBANGAN: Bekas pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu dilaporkan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memetik laporan Sinar Harian, Azilah akan membuat permohonan itu ke Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri pada jam 10 pagi, esok.

“Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit,” kata peguam Datuk Hazman Ahmad, memetik laporan itu.

Azilah, bersama seorang lagi bekas pengiring, Sirul Azhar Umar, disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia itu pada 2006, oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.

Azilah kini berada di Penjara Sungai Buloh, manakala Sirul, yang melarikan diri sebelum sempat Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, berada dalam tahanan imigresen Australia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...