TERKINI :

Monday, January 18, 2016

Pembangkang menang kerana perjuang garis kemiskinan

Pembangkang menang kerana perjuang garis kemiskinan
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa PR memperolehi 67 peratus undi popular di Kuala Lumpur pada PRU13 lalu disebabkan pengundi tertarik dengan perjuangan garis kemiskinan bandar pada kadar RM4,000 sebulan.

Beliau berkata, garis kemiskinan sedia ada yang digariskan kerajaan jauh ketinggalan daripada kos sara hidup semasa khususnya di bandar.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Ketua Pembangkang) pada 2014 membawa angka ini (RM4,000) dan hari ini Alhamdulillah kita boleh bincangkan dalam satu sidang perdana. Kita menang di Kuala Lumpur mungkin kerana kos sara hidup yang meningkat, maka mereka tentu merasakan harus ada suara yang jelas bagi melahirkan kebimbangan mereka.

"Kita mahu cari cara-cara untuk menyelesaikan masalah kos hidup semakin meningkat disegerakan," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-37 bertajuk Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian, di sini, hari ini.

Wacana Sinar ke-37 ini turut menampilkan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berkata, kerajaan perlu memastikan pendapatan rakyat khususnya di bandar tidak jauh ketinggalan dengan kos sara hidup semasa.

"Pada tahun 80-an, hanya 18 peratus warga Malaysia duduk di bandar, sekarang sudah 70 peratus dan menjelang 2025 pula kita ada 89 peratus.

"Kita juga kena pastikan perbelanjaan kolektif melalui dasar kerajaan dapat dikurangkan," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...