TERKINI :

Thursday, January 28, 2016

PAS yakin dapat tawan Kedah ekoran krisis Umno, kata pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata, walaupun tanpa krisis politik di Kedah, PAS yakin mampu menang dengan sokongan daripada ahli baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016.
Walaupun sudah berpecah 2, Pemuda PAS yakin krisis politik yang berlaku di Kedah akan membolehkan parti itu menang semula di negeri tersebut pada pilihan raya akan datang.

Menurut Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz, walaupun tanpa krisis politik di negeri jelapang padi itu, PAS yakin mampu menang dengan sokongan daripada ahli baharu.

"Kita yakin dengan suasana politik hari ini, PAS sudah menunjukkan kematangannya dan rakyat akan melihat bagaimana PAS menangani isu-isu politik dan bagaimana lemahnya kerajaan Barisan Nasional (menangani isu dalaman)," katanya pada sidang media Majlis Hi-Tea bersama rakan media Dewan Pemuda PAS di Damansara hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada PAS dapat menawan semula Kedah dengan krisis politik sedia ada.

PAS kini berpecah dua apabila pemimpin progresifnya yang ditendang keluar membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).

Suasana politik di Kedah “panas” sejak minggu lepas apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima tekanan daripada Adun dan ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri. – 28 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-yakin-dapat-tawan-kedah-ekoran-krisis-umno-kata-pemuda-pas#sthash.SoruZo7d.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...