TERKINI :

Friday, January 15, 2016

'PAS tetap kuat walaupun bukan dalam Pakatan Harapan' - Abdul Hadi

 
HULU SELANGOR: Perjanjian Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan kekuatan PAS pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan pakatan merupakan perkara biasa malahan sudah wujud sejak negara merdeka.

Katanya, PAS sendiri merupakan parti paling berpengalaman sejak dari dahulu.

"PAS merupakan parti yang paling berpengalaman dari kalangan parti di negara ini sejak sebelum merdeka, merdeka dan selepas merdeka.

"Apa yang berlaku itu kita anggap perkara biasa dalam politik tanah air. Pakatan sendiri bukan baru, ada Pakatan Harapan dan macam-macam lagi sejak 60 tahun dahulu sudah wujud di Malaysia.

"Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tidak bangun-bangun lagi namun PAS makin kuat," katanya semasa sidang media selepas pada Ijtima' Pilihan Raya PAS Selangor di sini hari iniAbdul Hadi mengulas pembentukan Pakatan Harapan pada Sabtu yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun tahun lepas. .

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...