TERKINI :

Wednesday, January 6, 2016

PAS Putrajaya nie tak tahukah bahawa nak jadi calon DUN kena rakyat negeri tersebut sahaja yang layak

AMANAH Kelantan bidas PAS Putrajaya
Faiz Zainudin
| January 5, 2016

Undang-undang pilihan raya membenarkan hanya rakyat Sarawak sahaja bertanding di Sarawak.

amanah

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membidas cadangan PAS Putrajaya supaya beliau bertanding mewakili parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Katanya, cadangan itu disifatkan tidak logik kerana mengikut undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja layak bertanding di negeri berkenaan, kecuali Parlimen.

“Saya rakyat Kelantan, dalam undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk bertanding di negeri Sarawak.

“Sama juga di Kelantan kalau calon itu bukan rakyat Kelantan dia tidak boleh bertanding di pilihan raya negeri, kalau Parlimen tidak apa, malah undang-undang itu diguna pakai seluruh negara,” katanya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini.

Mengulas mengenai cadangan AMANAH bertanding di Kelantan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, pihaknya belum membuat keputusan muktamad kerana perlu berunding dengan PAS.

Katanya, AMANAH tidak mahu Kerajaan Kelantan jatuh kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama.

“Kami masih menunggu untuk berunding dengan kerajaan negeri kerana sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri sedia untuk berbincang,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...