TERKINI :

Wednesday, January 6, 2016

PAS kerjasama dengan penyamun Amno (Umno) demi kepentingan Islam atau demi survival politik?

"Cinta itu buta perompak pun diterima," selar netizen pada PAS

http://1.bp.blogspot.com/-t9YsEJJmxsM/VozEkoMJLUI/AAAAAAAACG4/3e4_d_HwXzY/s1600/tangan1.jpg
Pada ketika isu kerjasama Umno-PAS hangat diperkatakan, kenyataan media tiga perenggan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh hari ini mengundang kecaman orang ramai.

Tinjauan Malaysia Dateline pada ruangan komentar bagi kenyataan terbaharu pemimpin PAS itu yang dimuat naik di Facebook media rasmi PAS, Harakahdaily mendapati majoriti netizen menyelar kecenderungan PAS untuk berbaik dengan Umno.

"Manisnya ayat orang yang sedang dilamun cinta. Maka benarlah riwayat al-Ramio wal Juli’at (Romeo Juliet), cinta itu buta. Perompak pun perompaklah. Janji Melayu Islam. Islam itu cukup pada nama saja bagi mereka," bidas Muhammad Anas.

Bagi Imam Syamsuri pula, PAS sekarang tiada lagi berhalangan untuk bekerjasama dengan ‘penyamun’ beragama Islam walaupun sebelum ini ulamak PAS kerap mengingatkan tentang pentingnya tidak menyebelahi pihak zalim.

"PAS kerjasama dengan penyamun Amno (Umno) demi kepentingan Islam atau demi survival politik? Nampaknya ulamak-ulamak PAS sekarang sudah nyanyuk sehingga lupa surah Hud ayat 113 tentang haramnya cenderung kepada pelaku kezaliman Allah, yang dulu siang malam selalu diratip.
"Jika agama dijual dengan dunia, apalagi nak panggil? Bahkan ulamak-ulamak penjual agama lebih keji daripada ular. Ulamak pun menurut Imam Ghazali ada dua jenis iaitu ulamak dunia/suk dan ulamak akhirat/lillah.

"Aku lebih yakin dengan dalil al-Quran firman Allah berbanding mulut ulamak dunia yang berubah-ubah ikut angin politik," tegasnya lagi.

Pengguna Facebook lain juga dilihat konsisten mengaitkan rejim Umno-BN sebagai penyamun dalam mengkritik kepimpinan PAS yang lebih mesra dengan parti yang pernah menuduhnya sebagai parti sesat itu.

"Dengan nama agama, dengan memaki DAP berpakat dengan Israel. Perompak negara akhirnya dihalalkan," ujar Lee Meng Teck.

Nada yang sama juga daripada Encik Azlin Mohammad yang meninggalkan komentar ringkas, “Tolong penyamun?” manakala Ali Jam berkata, “Kerjasama dengan Umno boleh. Cepat kaya!”

Baru jumpa nas

Kenyataan Nik Mohd Zawawi tersebut yang menyertakan surah Al-Maidah, ayat 2 serta sabda Rasulullah SAW mengikut Riwayat Imam Bukhari juga mengundang reaksi netizen.

"Kenapa baru sekarang? Dulu-dulu tak jumpa ke nas ni? Kerjasama dengan DAP dulu guna nas mana pulak?," ujar Woh Cuppu
.
Pengguna Facebook, Dean Bote pula menyelar, “Baru jumpa hadis. Dulu jauhi pihak zalim. Macam-macamlah lu PAS” manakala Raja Said Raja Hamzah berkata, “Kerjasama berpilih-pilih.”

Kemesraan Presiden Umno dan Presiden PAS jelas terlihat di majlis Multaqa Alumni Universiti Al AzharKemesraan Presiden Umno dan Presiden PAS jelas terlihat di majlis Multaqa Alumni Universiti Al Azhar

Nik Zawawi dalam kenyataan medianya ekoran keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Januari lalu berkata, salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Walaupun, di akhir kenyataan itu, beliau menegaskan PAS tidak akan menyertai BN tetapi berdasarkan kepada nas-nas yang diberikan, agenda kerjasama bagi perkara kebaikan dan ketaqwaan dengan mana-mana pihak telah dipersetujui.

Hadi dulu lain

Dalam hal berkaitan, pendirian kepimpinan PAS pada masa ini yang berbeza seperti pada musim pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dapat dilihat dalam ucapan dasar presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 tahun 2013 lalu.

Menyifatkan PAS bersama Pakatan Rakyat ketika itu telah turun ke gelanggang PRU13 di padang tidak sama rata dengan BN, Hadi turut menekankan tentang media arus perdana yang tidak berlaku adil.

“Betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen dan pelbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita,” ujar Hadi lagi.

Walau bagaimanapun, dua tahun selepas itu, Hadi tampil duduk mesra sepentas berbaju Melayu sedondon merah jambu dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sempena program Multaqa Alumni Al-Azhar Disember lalu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...