TERKINI :

Monday, January 11, 2016

Pas kemuka 3 larangan kepada ahlinya terlibat dalam program parti AMANAH & DAP..dengan UMNO tak apa..

Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Pas hari ini menggariskan tiga larangan berkaitan keterlibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, larangan tersebut diputuskan oleh Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Menurut Takiyuddin, larangan pertama merupakan larangan penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian, memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

“Ahli-ahli Pas perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program atau aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain.

“Secara umumnya ahli-ahli Pas diingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, penyertaan atau penglibatan dalam program Amanah dan DAP adalah larangan tanpa kompromi.

Menurut Takiyuddin lagi, keputusan tersebut dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan dan arahan parti.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...